CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7460|Reply: 0

[Pahang] Suami strok, anak pula derita tiroid

[Copy link]
Post time 18-1-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

FAZZIAH bersama suami dan empat anak mereka di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Seorang suri rumah terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas suaminya tidak mampu berjalan dan bekerja akibat ­diserang strok sejak empat lalu.

Berbekalkan hasil jualan kuih kira-kira RM700 sebulan, Fazziah Abdullah, 46, menyara keluarga termasuk empat anak berusia antara lima hingga 19 tahun termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) sindrom Down yang menderita penyakit tiroid dan kemaluan bercantum.

Menurutnya, setiap hari dia membuat pelbagai jenis kuih dan menghantar ke beberapa kedai makan sekitar kediamannya di Felda Kota Gelanggi.

“Suami dulu bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur dan di­serang strok dengan sebelah kiri badannya tidak boleh bergerak pada 2019. Sejak itu dia menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas),Temerloh dan Bandar Pusat Jengka sehingga hari ini.

“Setelah empat tahun dirawat, suaminya kini cuma mampu berdiri menggunakan tongkat dan berkerusi roda untuk ke bilik air dan tandas,” katanya.

Jelasnya, dia mengambil tanggungjawab menanggung perbelanjaan keluarga dengan membuat kuih dan menerima tempahan bagi menampung keperluan dapur, bil elektrik dan air serta persekolahan dua anak mencecah RM2,500 sebulan.

Fazziah berkata, dia juga berdepan ujian apabila anak keempat, Mohamad Azriq Izzuddin, 5, disahkan sindrom Down dan menderita penyakit tiroid selain kemaluannya bercantum.

“Anak saya perlu mendapat rawatan di Hoshas tiga bulan sekali dan bulan ini dijangka menjalani pembedahan tonsil dan kemaluan,” katanya.

Fazziah berkata, dia mene­rima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan.

“Saya reda dengan ujian Allah dengan keadaan nasib kami sekeluarga. Kami masih tidak mempunyai kediaman sendiri dan cuma menumpang di rumah milik ibu bapa,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Fazziah Abdullah di talian O11 12834047 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1016141000068616 (Fazziah).
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pula-derita-tiroid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.037937 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list