CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13933|Reply: 0

[Pahang] Lelaki Myanmar maut, dua rakan senegara ditahan

[Copy link]
Post time 21-1-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada beberapa anggota badan di dalam kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun dan bekerja di kebun durian itu, pada 5 pagi.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan dua lelaki yang merupakan rakan senegara mangsa iaitu seorang berusia 26 tahun di kawasan kebun durian terbabit manakala seorang lagi berusia 31 tahun ditangkap semasa cuba melarikan diri di lokasi berhampiran, bagi membantu siasatan.

"Mereka juga bekerja di kebun durian dan pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki ditahan mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat pergelutan.



"Polis turut merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong Asisten Superintendan Faizal Abdullah menerusi talian 012-4834439 bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-senegara-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034796 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list