CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Cabul?:Guru Disiplin ngaku pegang leher bukan buah dada_post 302 ms13

  [Copy link]
 Author| Post time 21-7-2011 10:16 AM | Show all posts
susah nak mengajar budak2 cina ni..banyak kerenah lak
zul_bachok Post at 21-7-2011 07:29


budak cina jer ker? hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by Spiral at 22-7-2011 09:42

Guru mengaku sentuh leher

Oleh WAZIHA WAHID dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
[email protected]

AMPANG JAYA – Ketua guru disiplin, Ismazi@Megat Ismazi Ismail didakwa mengaku ada menyentuh bahagian leher 11 pelajar perempuan yang tidak menghadiri perhimpunan sekolah pada pagi 25 Februari lalu.

Namun ia dinafikan oleh semua mangsa yang menuduh guru berkenaan berbohong kerana tertuduh didakwa turut menyentuh buah dada mereka.

Demikian diberitahu oleh saksi, Ricky Toong Foo Weng (gambar), 25, semasa menyambung pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff dalam perbicaraan Ismazi@Megat Ismazi, 48, yang didakwa mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.

Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana hukuman itu jika disabit kesalahan.

Terdahulu, saksi berkata, tiga hari selepas kejadian, pihak sekolah mengadakan mesyuarat antara tertuduh, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan 11 mangsa bagi mencari penyelesaian.

"Ismazi ada menyatakan hanya menyentuh bahagian badan para pelajar iaitu pada bahagian leher. selepas itu, beberapa orang pelajar perempuan fobia dan menjerit bahawa guru Ismazi berbohong.

"Mereka menjerit, 'bukan-bukan' sambil menunjukkan ke arah buah dada mereka. keadaan menjadi kelam-kabut dan ada ibubapa serta wartawan yang merakam kejadian tersebut," katanya.

Tambah Ricky lagi, tertuduh bagaimanapun meminta maaf kerana menyentuh bahagian leher para pelajar namun berkali-kali menegaskan tidak pernah menyentuh buah dada pelajar terbabit.

sementara itu, semasa disoal ba;as oleh peguam tertuduh, Mohamed Haniff Khatri, Ricky memberitahu, dia tidak melihat kejadian cabul tersebut sebaliknya hanya memaklumkan oleh ibu bapa kepada pelajar-pelajar terbabit.

"Saya hanya datang selepas salah seorang bapa mangsa mengajak saya ke sekolah,: katanya yang membuat laporan polis bagi pihak ibu bapa kesemua mangsa kerana mereka tidak fasih bahasa Melayu.

Ricky juga berkata, dia tidak dapat mengesahkan sama ada pelajar itu benar-benar dicabul.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman disambung pada 17 Oktober depan.

Jika kelmarin semua 11 pelajar yang mendakwa menjadi mangsa cabul hadir ke mahkamah namun semalam tiada diantara mereka yang kelihatan di mahkamah.

Antara yang hadir ke mahkamah semlaam adalah beberapa orang dipercayai guru yang mengajar di sekolah sama dengan Ismazi serta ahli keluarga tertuduh.

Ismazi yang sepanjang berada di kandang tertuduh dilihat tenang dan mencatat sesuatu di dalam nota kecil dibawanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 06:37 PM | Show all posts
Wow aku suka baca posting wongsing. Untuk menghibur hati menjadi girang. Kikiki


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 07:03 PM | Show all posts
harap2 bohsia2 11 orang ni..satu hari..betul2 kena rogol!!! padan muka mak pak dia!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 07:05 PM | Show all posts
i mahu tengok,kalau ini 11 mangsanya melayu dan gurunya cina,macan mana sini kamu akan cakap???tanya ...
wongsing Post at 9-3-2011 22:34



    ahbeng ar...kalau ini guru cina ar..u rasa itu DAP sama itu parents yang buta Bahasa negara sendiri..akan buat kecoh ar?
lu tanya orang..skarang gua tanya lu.. sapa yang racist?!?  itu parents duduk ini negara baru 1 tahun meh? sampai tak tau cakap BM? lu ingat ini 11 orang budak baik ka? sampah masyarakat saja ! kalau cantik jadi ayam saja...kalau tak cantik jual sayur saja lor
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 07:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by niceghost2005 at 22-7-2011 19:30
ahbeng ar...kalau ini guru cina ar..u rasa itu DAP sama itu parents yang buta Bahasa negar ...
sashin Post at 22-7-2011 19:05



Assalamualaikum sashin,

Teman berharap miker tidak membuat tuduhan yg racist di dalam hal/kes ini.
Biar lah prosiding mahkahmah berjalan dan lihat jer laa apa kesudahannya kelak.

Yang pasti, setiap pendidik/guru hendak lah MEMATUHI ETIKA kerja.
Ini TERMASUK lah ETIKA DISIPLIN.
Terutamanya ETIKA utk menjatuhkan Hukuman.
Seperti SAKSI, MASA, TANDATANGAN, JENIS HUKUMAN, JENIS KESALAHAN, CATITAN/REKOD.
Hukuman terhadap pelajar perempuan berbeda dgn lelaki.
Kalau nak rotan, di bahagian mana, apa jenis rotan etc.

Miker pergi lah bertanya pada yg lebey arif perihal ETIKA sekolah ini.
Kalau miker bertanya pada para guru, kebanyakkan mereka 'TIDAK MENGETAHUI/MENGIKUT' ETIKA yg telah sedia ada.
Pabila kejadian sebegini berlaku, baru lah terngandah.
Menuduh NTUP, Pengetua or Pentadbir tidak mahu menyokong mereka.

Kat sekolah anak teman, seoghang Ustaz(juga Guru Disiplin) bley keluarkan perkataan 'babi' , beghok , saya doa kamu semuer jadi dot dot dot.
Berkali kali sudah di beri nasihat.................tapi masih tang tu jugak.
Ibu bapa semuer dah tau perangai dier....
Nak tunggu meletup jer.....(yg akan bawak benda ini ke atas)

Kalau dari segi saikoloji (nih kepakaran Awangbok), Ustaz ini di katakan di dalam golongan 'masaalah mental'.

Moral of the Story
- kepada para pendidik/guru yg banyak berjasa, sila lah ikuti ETIKA KERJA yg telah di sediakan deme kebaikan para pelajar dan juga diri sendiri.

Salam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2011 07:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by umarmursyid at 22-7-2011 20:23
i mahu tengok,kalau ini 11 mangsanya melayu dan gurunya cina,macan mana sini kamu akan cakap???tanya ...
wongsing Post at 9-3-2011 22:34


kena edit loooo... sorry n tq ghost
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 08:48 PM | Show all posts
korang taknak create fanpage menyokong cikgu ismazi ni ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 09:17 PM | Show all posts
korang taknak create fanpage menyokong cikgu ismazi ni ke?
ashley87 Post at 22-7-2011 20:48


Kita kena ler berbanyak berdoa agar KES ini di selesaikan dgn baik.

Sebab kalau Cikgu Ismazi yg berumur 49 tahun di dapati bersalah, .....PENCEN pung tak dapat.
Kena plak duduk dalam penjara............entah berapa lama.

Segala jasa baik nya selama ini tidak dapat membantu dier.

Jadi yg paling baik, ambil lah IKHTIBAR dari KES ini.

Para pelajar senakal mana pung...............mereka tidak akan di hadapkan ke mahkamah sivil.
Kita ada undang undang bersabit dgn kesalahan juwana.

Harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 10:57 AM | Show all posts
kalau cikgu ni menang kat mahkamah pun..
sure parent student ni tetap tak pecaya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 12:10 PM | Show all posts
nasib baik x check tahap kekerapan berak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.600651 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list