CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5133|Reply: 0

[Pahang] Pengemis di pasar malam 'masyuk' miliki Proton X70

[Copy link]
Post time 22-2-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Pengemis di pasar malam 'masyuk' miliki Proton X70

OlehROSILAWATI ROSEDI
22 Februari 2024 01:30pm




Lelaki OKU terbabit dikenakan amaran oleh JKM dan mengaku Proton X70 Flagship adalah miliknya. Foto FB JKM Maran




MARAN - Meraih sehingga RM500 dalam tempoh beberapa jam hasil mengemis, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mampu memiliki sebuah utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 menerusi kegiatan tersebut.

Namun tindakan licik lelaki berusia 54 tahun itu berjaya dihidu oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Maran di pasar malam Sri Jaya di sini pada Rabu.



Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook JKM Maran, dalam operasi pembasmian aktiviti itu, lelaki tersebut berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu-lalang.

"Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.



"Pegawai penguat kuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah, namun tidak dijawab.

"Lelaki itu kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas hasil sedekah pengunjung pasar malam," ujar hantaran tersebut.


Operasi di pasar malam Sri Jaya, Maran pada Rabu berjaya mengesan aktiviti lelaki tersebut. Foto FB JKM Maran




Jelas hantaran tersebut, berkali-kali penguat kuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi tetapi tidak mendapat maklum balas daripada lelaki tersebut dan hanya bersuara setelah didesak.




"Lelaki itu normal rupanya bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).

"Dia menyatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguat kuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya.

"Percaya atau tidak, seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship," ujar hantaran itu.




Tambah hantaran itu, siasatan lanjut dijalankan oleh penguat kuasa JKM lelaki tersebut tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti mengemis.

"Semakan juga mendapati lelaki itu menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi dan mengaku SUV tersebut adalah miliknya.

Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti mengemis boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam berada di pasar-pasar malam.

"Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh penguat kuasa JKM dengan surat teguran.

"Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekahlah kepada orang dan tempat yang betul," ujar hantaran tersebut.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.436018 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list