CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5389|Reply: 0

Leverkusen pahat rekod baharu Jerman

[Copy link]
Post time 25-2-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Leverkusen meraikan kejayaan menewaskan Mainz 2-1 pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. – AFP

LEVERKUSEN – Bayer Le­verkusen mencipta rekod baharu bola sepak Jerman menerusi 33 perlawanan tanpa kalah selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Mainz dalam aksi Bundesliga di Bay Arena awal pagi semalam.

Kemenangan itu me­nyaksikan Leverkusen kini semakin hampir untuk menjulang gelaran Bundesliga musim ini apabila berke­lebihan 11 mata di puncak ke atas juara bertahan, Bayern Munich di tangga kedua.

Sepanjang 33 perlawanan musim ini dalam semua kejohanan, Leverkusen berjaya merekodkan 29 kemenangan dan 33 seri, memadam rekod di­cipta Bayern di bawah kendalian Hansi Flick dari 2019 hingga 2020.

Ketua jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya, namun me­ngakui tidak berminat dengan rekod kerana fokus adalah menjuarai Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah kelab.

“Saya tak kisah (rekod) sebelum ini, tetapi sekarang ia sudah terjadi dan saya berbangga. Cumanya anda tidak mendapat pingat atau apa-apa melalui ­rekod itu.

“Ia bagus kerana meningkatkan motivasi para pemain dan saya berharap para pemain meneruskan kecemerlangan ini,” kata Alonso yang kini hangat ­dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih bersama Liverpool dan Bayern.

Bekas kapten Arsenal, Granit Xhaka membuka tirai jaringan buat Leverkusen seawal minit ketiga, sebelum Mainz mengikat kedudukan melalui Dominik Khor empat minit kemudian.

Leverkusen meraih gol kedua menerusi Robert Andrich pada minit ke-68 sebelum kad merah diterima penyerang Mainz, Jessic Ngankam ketika aksi berbaki 10 minit lagi untuk tamat memudahkan kemenangan skuad Die Werkself itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ekod-baharu-jerman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 1.108163 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list