CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ambil peluang Ramadan dalami al-Quran

[Copy link]
Post time 9-3-2024 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Ambil peluang Ramadan dalami al-Quran

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

09 Mac 2024 07:15am








Amalan membaca al-Quran antara amalan paling mudah dan sering dilakukan oleh kebanyakan kita ketika bulan Ramadan.




GEORGE TOWN - Tidak lama lagi kita bakal memasuki Ramadan dan di bulan mulia itu, umat Islam dituntut untuk melipat gandakan amalan kerana dijanjikan ALLAH SWT ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, amalan membaca al-Quran antara amalan paling mudah dan sering dilakukan oleh kebanyakan kita ketika bulan Ramadan.



Menurutnya, lebih menarik, kebanyakkan masjid, surau, komuniti, pertubuhan bukan kerajan serta di pejabat-pejabat turut diadakan program bertadarus dan majlis khatam al-Quran setiap kali bila tibanya Ramadan.

"Seperti disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW yang bermaksud 'setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya daripada 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda'.



"Maka secara lazimnya ketika di bulan Ramadan ramai dalam kalangan kita akan mempertingkatkan amalan dan menambah baik amalan seharian seperti memperbanyakkan solat sunat termasuk melaksanakan solat sunat tarawih, memperbanyakkan bersedekah, berzikir, berselawat, membaca al-Quran serta lain-lain amalan yang disarankan dalam Islam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Azdy, amalan membaca al-Quran adalah amalan mulia yang mana dengan mengadakan majlis membaca al-Quran sedikit sebanyak telah memberikan perangsang kepada mereka yang 'liat' membaca al-Quran untuk turut serta.

"Secara tidak langsung, ia memberikan kesan yang sangat positif dalam kalangan mereka yang turut serta di dalam program seumpama itu, di samping memperoleh pahala dan ganjaran yang setimpal daripada ALLAH SWT.

"Tidak dinafikan, ramai umat Islam boleh membaca al-Quran dengan baik kerana telah didedahkan dan diasuh sejak kecil lagi. Bagaimanapun, adakah semua orng mampu untuk memahami isi kandungan dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca?" tambahnya.




Azdy menambah, sebagai seorang muslim kita bukan hanya dituntut untuk mahir membaca al-Quran sebaliknya untuk memahami maksud setiap ayat yang dibaca dan memahami kandungannya.

"Umat Islam wajib memahami isi kandungan al-Quran supaya kita mampu memjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dan panduan dalam membimbing kehidupan kita. Mana mungkin kita mengaku kita beriman dengan al-Quran namun tidak memahami isi kandungannya.




"Oleh itu, Ramadan kali ini, ambil lah peluang untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran dan pada masa yang sama kita turut membaca tafsir, memahami dan mendalami maksud ayat-ayat yang juga merupakan kalam ALLAH SWT supaya bacaan al-Quran kita menjadi lebih bermakna dan memberikan kesan ke dalam diri kita," katanya.

Tambah beliau, agak merugikan sekiranya kita berjaya menghabiskan bacaan satu juzuk setiap hari dan menamatkan 30 juzuk sepanjang bulan Ramadan namun hakikatnya kita langsung tidak memahami apa yang dibaca.

"Marilah kita jadikan Ramadan kali ini bukan sekadar bulan untuk bertadarus al-Quran sebaliknya mengambil peluang dan kesempatan Ramadan ini untuk bertadabbur al-Quran supaya kita mampu menjadi Muslim yang bukan hanya celik membaca al-Quran tetapi juga celik dalam memahami maksud dan intipatinya.

"Semoga dengan ini, kita mampu memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang berkualiti serta berjaya di dunia dan akhirat," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list