CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Bicara kes liwat Anwar Ibrahim: ‘Tak guna muslihat ambil bahan bukti’

  [Copy link]
Post time 24-3-2011 12:17 AM | Show all posts
POLITIK LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 01:06 AM | Show all posts
tak payah bicara lah! orang semua dah tau dia bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:17 PM | Show all posts
bg dna tak mau...kn dh hakim terima bhn bukti tuuu....
creep_bite Post at 23-3-2011 12:52



   
Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.
Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:23 PM | Show all posts
ya..besok pakar2 tu akan dipanggil semula..

Jeng jeng jeng jeng.
Anak_Nogori Post at 23-3-2011 14:05


Anak_Nogori tlg bg pndangan...?

boleh ker 'air' tu masuk kalau anu x masuk?

...aq rasa tak leh kan........?

A. 'air' masuk, anu wajib masuk
B. 'air' masuk, anu tak semestinya masuk


tlg jawab A or B yg mana paling tepat??

forumer2 lain pun leh tlg bagi pndangan......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 12:38 PM | Show all posts
Kes Anwar: Karpal pohon semak keputusan hakim Mahkamah Tinggi
24/03/2011 10:38am

KUALA LUMPUR 24 Mac - Usaha pihak pendakwa memasukkan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman plastik jenama Cactus serta hasil analisis asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti rasmi dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbantut.

Ia adalah ekoran hari ini peguam bela utama, Karpal Singh mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, semalam.

Karpal menuntut agar permohonan semakan itu didengar terlebih dahulu sebelum Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan dipanggil untuk mengemukakan barang-barang tersebut secara rasmi.

Semalam, hakim yang sama memutuskan bahawa barang-barang dan hasil ujian DNA yang dipertikai sebelum ini diterima masuk sebagai bukti. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:43 PM | Show all posts
Adeh...........


Kenapa takde orang yg sudi jawab aq punya soklan kat bwh ni??

please.......help me.......

boleh ker 'air' tu masuk kalau anu x masuk?

...aq rasa tak leh kan........?

A. 'air' masuk, anu wajib masuk
B. 'air' masuk, anu tak semestinya masuk

tlg jawab A or B yg mana paling tepat??
forumer2 lain pun leh tlg bagi pndangan......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 12:57 PM | Show all posts
dalam buntut saipul itu adalah dna lelaki y bukan airmani lelaki y.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 01:13 PM | Show all posts
Kes Anwar: mahkamah tolak permohonan pihak tertuduh
24/03/2011 10:55am

KUALA LUMPUR 24 Mac - Permohonan barisan pembelaan agar Mahkamah Tinggi di sini menyemak semula keputusan yang dibuat semalam ditolak ekoran tiada asas bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah untuk berbuat demikian selepas meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas keputusan itu dibuat Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abidin memanggil Pakar Forensik, Amidon Anan dan ketiga-tiga barangan yang dipertikaikan sebelum ini diterima sebagai bukti dalam perbicaraan tersebut. - Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2011 01:20 PM | Show all posts
TERKINI
PM dan isteri antara ditawar sebagai saksi kes liwat Anwar
24/03/2011 11:28am

KUALA LUMPUR 24 Mac - Antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor.

Turut disenarai ialah beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:42 PM | Show all posts
welcome to hotel sg. buloh......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:03 PM | Show all posts
lepas pergulungan end of April nanti, leh la Anwar masuk rumah baru...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:17 PM | Show all posts
bile die dah masuk rumah batu nnt,
xdelah die rasa malu sgt kalau betul die pelakon utama dalam video tuh nnt
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:54 PM | Show all posts
bile die dah masuk rumah batu nnt,
xdelah die rasa malu sgt kalau betul die pelakon utama dalam vid ...
ryosakazaki Post at 24-3-2011 19:17



    he would feel right at home you mean?...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:58 PM | Show all posts
he would feel right at home you mean?...
anya8797 Post at 24-3-2011 19:54


aha...p/s: jgn quote kt post sndri..isu bsr skrg spammer paderi dah ilang templete list..die tgh cari list baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:09 PM | Show all posts
betul ke keputusan nuwar brhaim end of april
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:31 PM | Show all posts
kes v sex ni sapa pulak nak jadi peguam anwar..kapal sig lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2011 09:37 AM | Show all posts
Bicara kes liwat Anwar Ibrahim: Pendakwa selesai kemuka 27 saksi
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2011/03/25
Pembela mohon tiga minggu siap hujah

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan semalam menutup kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memanggil 27 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung 57 hari yang mendapat liputan meluas dalam serta luar negara.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, pihak pendakwaan selesai memanggil semua saksi yang diperlukan selepas memanggil semula Ahli Kimia Nor Aidora Saedon dan Ketua Makmal Forensik Polis Cheras, Superintendan Amidon Anan.
Kedua-dua saksi secara rasmi mengemukakan profil DNA yang diambil dari sebatang berus gigi, sehelai tuala good morning dan botol air mineral yang didakwa milik ‘Lelaki Y’ yang didapati dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai barang kes.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 18 April depan untuk mendengar hujah kedua belah pihak sebelum memutuskan sama ada Anwar perlu dipanggil membela diri terhadap tuduhan yang dihadapinya.

Mohd Yusof memberitahu mahkamah pihaknya memohon masa selama dua minggu bagi persiapan menyediakan hujahan, manakala peguam Anwar, Karpal Singh memohon masa selama tiga minggu.

Katanya, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, bekas Setiausaha Politik Anwar, Muhamad Ezam Mohd Nor dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan, Nurjannatul Syariza Mohd Zaki kepada pembelaan.
Karpal ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya akan menemubual dulu saksi yang disenarai pendek sama ada keterangan mereka boleh menyokong kes pembelaan.

Beliau berkata selepas itu baru pihaknya akan memutuskan sama ada untuk memanggil saksi terbabit memberikan keterangan, jika mahkamah memerintahkan Anwar dipanggil membela diri.

Sebelum itu, mahkamah menolak permohonan pembelaan supaya mahkamah menyemak keputusan mahkamah membenarkan ketiga-tiga barang terbabit sebagai barang kes.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 25, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 09:41 AM | Show all posts
Ezam minta pasport antarabangsa Anwar dirampas


2011/03/25
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.
“Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukkan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA di sini, semalam.
Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.

“Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya.

Selain berdepan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar menafikan penglibatannya dalam kes video seks itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:55 PM | Show all posts
dah sanggap ke thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.085183 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list