View: 8703|Reply: 0
|
[Terengganu]
3 remaja memikat ayam hutan tersesat di Hutan Pulau Kerengga
[Copy link]
|
|
Anggota bomba sedang mencari tiga remaja yang dikhuatiri tersesat di kawasan hutan berhampiran Pulau Kerengga, Marang hari ini.
MARANG – Tiga remaja lelaki dikhuatiri tersesat di dalam hutan sewaktu memikat ayam hutan di Pulau Kerengga di sini semalam.
Mereka yang dikenali sebagai Adam, 15, dan Haris serta Amirul yang masing-masing 16 tahun dikatakan telah memasuki hutan berkenaan pada pukul 11 pagi sebelum menyedari tersesat beberapa jam kemudian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zuraidi Yusuf berkata, sepasukan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kehilangan tersebut pada pukul 4.19 petang.
“Berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan bermula pukul 8 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.
Zuraidi berkata, anjing pengesan akan digunakan dalam proses pencarian dan setakat ini kesemua mangsa masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tan-pulau-kerengga/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|