View: 4765|Reply: 0
|
[Kelantan]
Polis Kelantan kesan banyak jalan haram rentas sempadan
[Copy link]
|
|
Paras air Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand mulai menyusut sehingga boleh dilalui dengan berjalan kaki akibat musim kemarau sehingga menampakkan dasar sungai. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesan lebih banyak lokasi jalan haram untuk rentas sempadan susulan paras air Sungai Golok mulai kering sejak beberapa minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata keadaan itu mungkin memudahkan aktiviti penyeludupan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini perlu diperketatkan.
"Saya akan bincang dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi lain untuk memberi fokus lokasi yang menjadi laluan utama penyeludup," katanya semalam.
Muhamad Zaki berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sempadan sama ada ketika paras air Sungai Golok tinggi atau kering.
"Jika perlu kita akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan paras air Sungai Golok yang menyusut disebabkan cuaca panas dan kemarau menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lokasi di sungai itu cetek sehingga boleh dilalui dengan berjalan kaki.
Tinjauan juga mendapati lokasi cetek membabitkan Pangkalan Haram Padang Bola, Pangkalan Haram Pasir dan Pangkalan Haram Sharipah yang mana air mula surut sehingga paras 0.3 meter, malah ada yang kering sehingga menampakkan dasar sungai.
https://www.bharian.com.my/berit ... ram-rentas-sempadan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|