CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 0

[Pahang] Iftar terpanjang di Temerloh bakal dicatat dalam MBOR

[Copy link]
Post time 6-4-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode



KAWASAN Esplanade 1 dan Esplanade 2 di sepanjang tebing Sungai Pahang di sini, sesak dengan orang ramai setiap petang untuk berbuka puasa. FOTO Roselan Ab Malek

Temerloh: Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sekali lagi bakal menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi majlis iftar anjurannya untuk diisytihar sebagai terpanjang di negara ini.

MPT hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa di Esplanade 1 dan 2 di sepanjang tebing Sungai Pahang sejauh 1.1 kilometer.

Yang Dipertua MPT, Suris Mihat, berkata Esplanade menjadi pilihan utama penduduk Temerloh untuk berbuka puasa dan sesak setiap hari sepanjang Ramadan.

"Disebabkan kehadiran ramai orang untuk berbuka puasa, MPT cuba untuk masuk ke dalam MBOR," katanya sambil menambah tempat itu dijangka bertambah sesak hari ini apabila semakin ramai anak perantau pulang ke kampung.


Wakil MBOR akan mengesahkan sama ada ia majlis iftar terpanjang, petang ini.

Suris berharap kawasan itu dapat memuatkan kira-kira 3,000 orang pengunjung untuk berbuka puasa dan MPT turut menawarkan cabutan bertuah dan agihan bubur lambuk.

Katanya, penyenaraian dalam MBOR adalah antara usaha MPT mempromosikan Temerloh popular dengan hidangan ikan patin air tawar.

Selain itu, daerah ini mempunyai pelbagai tarikan unik lain seperti titik tengah Semenanjung.

Pada 17 Disember lalu, Pekan Sehari Temerloh di Lurah Semantan dinamakan sebagai pasar pagi terpanjang sejauh 2.1 kilometer dengan bilangan peniaga terbesar seramai 660 orang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dicatat-dalam-mbor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057946 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list