View: 8420|Reply: 0
|
[Pahang]
Orang ramai mula serbu pasar, beli keperluan juadah Aidilfitri
[Copy link]
|
|
ORANG ramai beratur panjang bagi membeli daging lembu segar di Pasar Bunga Cengkih, Bandar Baru Lipis hari ini sebagai persiapan bagi menyediakan hidangan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
LIPIS – Orang ramai mulai sibuk membeli barangan keperluan termasuk barangan basah sebagai persiapan akhir bagi menyambut perayaan Aidilfitri.
Tinjauan di Pasar Bunga Cengkih, Bandar Baru Lipis di sini mendapati orang ramai beratur panjang sejak pukul 7 pagi bagi membeli bahan mentah seperti ayam, daging, ikan, santan serta pelbagai jenis sayuran untuk persiapan hari raya.
Penjawat awam, Halimatun Saadiah Othman, 42, berkata, dia telah membeli ayam, sayur dan rempah ratus bagi membuat nasi kebuli yang merupakan makanan tradisional masyarakat di daerah Lipis.
“Saya sekeluarga menetap di Puchong (Selangor) dan pulang bagi menyambut hari raya di rumah mentua di Kampung Mela. Jadi kami sepakat untuk masak nasi kebuli di pagi raya.
“Walaupun petang ini baharu tengok anak bulan tetapi saya buat keputusan untuk membeli barang basah lebih awal supaya tidak kelam kabut di saat akhir,” katanya di sini hari ini.
Bagi Suhaimi Md Taha, 60, persiapan hari raya pada tahun ini lebih meriah kerana kesemua ahli keluarganya dapat berkumpul bersama-sama bagi menyambut lebaran.
“Sebahagian barangan keperluan telah di beli sebelum ini cuma pagi ini saya datang ke pasar untuk mendapatkan daging lembu dan santan segar bagi membuat lemang serta rendang,” ujarnya.
Seorang suri rumah, Norazian Ali, 35, berkata, persiapan hari raya pada kali ini dilakukan secara sederhana sahaja ekoran harga barang keperluan semakin meningkat naik.
“Saya mengambil langkah berjimat cermat dengan hanya berbelanja sekitar RM150 untuk membeli barang bagi membuat ketupat, rendang dan laksa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -juadah-aidilfitri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|