View: 9042|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kongsi rezeki agih air percuma buat perantau
[Copy link]
|
|
PENDUDUK menyediakan air minuman buat perantau. FOTO ihsan penduduk
Kuala Krai: Penduduk berkongsi rezeki apabila mengagihkan minuman percuma kepada perantau yang melalui Kuala Pertang, di sini, untuk pulang ke destinasi mereka selepas menyambut Aidilfitri.
Penghulu Mukim Kuala Pertang, Mat Ropi Abdullah berkata, minuman yang diagihkan itu dibeli hasil sumbangan penduduk kampung terbabit.
Menurutnya, beberapa anak muda akan menunggu di kawasan persimpangan untuk mengagihkan air kotak dan botol kepada perantau.
"Setiap kali Aidilfitri, kebanyakan perantau dari arah Kota Bharu yang menghala ke Gua Musang akan menggunakan jalan kampung ini untuk sampai ke Bandar Kuala Krai.
"Perantau menggunakan jalan pintas sebagai langkah untuk mengelak kesesakan lalu lintas," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, beliau turut berpesan kepada perantau yang menggunakan jalan kampung itu agar tidak memandu laju bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini.
"Sebelum ini pernah berlaku beberapa kemalangan disebabkan kecuaian antaranya terlanggar pokok kelapa sawit dan terbabas.
"Saya mendoakan semoga perantau sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan pandu secara berhemah serta berhati-hati," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rcuma-buat-perantau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|