CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2432|Reply: 3

Haid Datang Semula Pada Usia 64 tahun !!! Huh!!!

[Copy link]
Post time 18-3-2011 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by allscania at 19-3-2011 16:21

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..
Saya nak kongsi sikit pengalaman sebenar tentang kesihatan sekitar kehidupan kita seharian...ianya terjadi walaupun difikirkan tidak masuk akal rasanya...harap dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat tentang kesihatan antara kita..







IBU saya kini berusia 64 tahun dan baru-baru ini ada memberitahu dia didatangi haid semula.
Sebenarnya haid ibu saya sudah berhenti semasa usianya 43 tahun.  

Saya tidak pasti sama ada darah yang keluar itu adalah darah haid atau sebaliknya.  

Adakah saya perlu membawa ibu untuk mendapatkan rawatan doktor pakar?

Ingin Tahu,
Tampoi,




SAYA nasihatkan anda segera membawa ibu anda berjumpa pakar sakit puan.  Sekiranya terdapat pakar sakit puan gine-onkologi (dengan kepakaran  tambahan dalam bidang kanser sakit puan), pilihan ini lebih baik.  

Secara semula jadi, putus haid (menopaus) dialami oleh wanita  berusia di antara 45 hingga 55 tahun, kebanyakannya mengalaminya pada  usia 50 hingga 51 tahun.  
Doktor pakar akan memastikan tiada masalah pada faraj, pintu rahim (serviks) dan rahim ibu anda.  

Di samping itu, kedua-dua ovarinya juga akan diperiksa walaupun pada  usia begini, saiz ovari menjadi kecil dan menyebabkan ia mungkin sukar  dikesan menggunakan pemeriksaan fizikal mahupun  
ultrabunyi.  Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk ibu anda menjalani pemeriksaan kesihatan am.

Sumber,
Doktor Adilah Ahmat

(Pakar Sakit Puan)     

Masalah berkaitan lain :-
~Masalah Darah Keluar Berketul-Ketul Melalui Rahim
~Tiada Anak (Masalah Haid Tidak Teratur)
~Payu Dara Bengkak / Gatal2
~Berkahwin Tapi Belum Hamil Lagi

Harap dapat membantu sahabat forumer semua dalam mencari penyelesaian dalam kekusutan...W'salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 10:50 PM | Show all posts
Ingatkan masalah ibu TT.Rupanya  cerita drpd keratan akhbar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 07:52 AM | Show all posts
kot2 la ade yang kuar gak dlm usia mcm tu..kecoh 1 kampung nnti..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 05:10 PM | Show all posts
Hah ye ke? Eeeee takutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.251272 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list