View: 9208|Reply: 0
|
[Perak]
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
[Copy link]
|
|
Bas terbakar di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh tengah malam tadi. - Foto hiasan
IPOH: Seramai 16 individu cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar, di KM242.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fawwaz Abdul Jamil, berkata pihaknya mengerahkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya ke tempat kejadian sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
"Dalam kejadian itu, sebuah bas ekspres terbakar dianggarkan sehingga 80 peratus.
"Semua 16 orang termasuk pemandu terselamat dan mereka dipindahkan ke bas yang lain sewaktu pasukan bomba tiba di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial JBPM hari ini.
Mohd Fawwaz berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.51 tengah malam dan selesai sepenuhnya pada 1.34 pagi. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... bakar-16-terselamat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|