View: 4256|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kemajuan ECRL di Kelantan 78.03 peratus siap
[Copy link]
|
|
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan sudah mencapai kemajuan sehingga 78.03 peratus setakat Mac lalu .
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding pada Februari lalu.
Katanya, peningkatan pembinaan berkenaan hasil kerjasama daripada semua pihak dan kerja ini mengikut jadual yang ditetapkan.
"Sementara itu, kerja pemasangan landasan dari Gebeng, Pahang ke Dungun, Terengganu sudah siap sepenuhnya sepanjang 92 kilometer (km), manakala dari Gebeng ke Maran, Pahang sepanjang 97 km sudah siap sebanyak 33 km.
"Selebihnya, ia dalam proses pembinaan dan dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Hotel Perdana di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Mengulas lanjut beliau berkata, bagi pemasangan sistem elektrifikasi pula ia akan bermula seawal Mei ini di kawasan Gebeng, Pahang. Kemudian, ia akan disusuli oleh kerja pemasangan semboyan.
"Bagi pembinaan projek keseluruhan ECRL yang merangkumi empat negeri dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor sepanjang 665 km sehingga Mac lalu adalah sebanyak 64.01 peratus dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
"ECRL ini akan mula beroperasi dalam tempoh dua kali hari raya Aidilfitri lagi dan masa yang akan diambil adalah empat jam sahaja berbanding sekarang ini lebih tujuh jam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-7803-peratus-siap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|