View: 5410|Reply: 0
|
[Selangor]
Kemalangan 5 kenderaan: Pelajar kolej swasta maut tercampak dari kereta
[Copy link]
|
|
SEORANG pelajar maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kereta di KM458.6 Lebuhraya Plus kelmarin. FOTO Ihsan IPD Petaling Jaya
Petaling Jaya: Remaja perempuan maut selepas tercampak keluar dari kereta, manakala enam individu lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 458.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, ketika kejadian, pelajar kolej swasta itu, yang berusia 18 tahun, menaiki sebuah kereta bersama dua rakan menuju ke arah Sungai Buloh dari Subang.
"Siasatan awal mendapati kemalangan 8.40 malam itu semasa Honda City dinaiki mangsa bersama dua individu yang juga pelajar kolej swasta hilang kawalan ketika cuba memotong Toyota Vios.
"Honda City berkenaan memotong dari bahagian kiri, lalu hilang kawalan ketika cuba masuk semula ke lorong kanan selepas selesai memotong," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, oleh kerana tidak sempat mengelak, Toyota Vios dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun itu melanggar Honda City yang terbabas berkenaan, lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
Katanya, akibat pelanggaran itu, Honda City berkenaan berpusing lalu termasuk ke lorong kedua sebelum dirempuh oleh kereta dan sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak.
"Mangsa yang maut serta semua yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rcampak-dari-kereta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|