CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3234|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kedai makan 24 jam bukan punca utama obesiti

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Dr Dzulkefly Ahmad

Putrajaya: Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sebarang dakwaan bahawa kedai makan 24 jam turut menjadi punca utama obesiti di Malaysia harus dibuktikan secara empirikal iaitu melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

"Menutup kedai makan 24 jam tidak menjamin pengguna tidak akan mencari alternatif.

"Ia harus mengambil kira keseluruhan sumber makanan yang mudah didapati di Malaysia seperti mi segera dan makanan berkelah," katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Sulaman Kasih di Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Dr Dzulkefly berkata, setiap individu bertanggungjawab ke atas tabiat pemakanan dan gaya hidup masing-masing.

"Sebarang perubahan tingkah laku individu memerlukan tahap kesedaran dan literasi kesihatan yang tinggi, namun di Malaysia satu daripada tiga individu mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah," katanya.

Dr Dzulkefly berkata, cadangan CAP berkaitan penutupan kedai makan 24 jam akan diperhalusi termasuk sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan agar isu itu dapat dicerakin secara menyeluruh dan syor penyelesaian mempunyai hala tuju serta keberhasilan yang jelas.

"Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh Kementerian Kesihatan," katanya.

Beliau turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak untuk kumpulan yang bergantung kepada perkhidmatan kedai makan 24 jam seperti petugas barisan hadapan antaranya polis, bomba, doktor, jururawat dan petugas keselamatan.

"Menghentikan perkhidmatan secara pukal akan menyebabkan kesukaran kepada mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... punca-utama-obesiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038708 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list