CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1684|Reply: 0

[Kelantan] Degil! Dilarang tetap juga mahu lalu

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN berat sering kali melalui jalan sementara Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan laluan berkenaan perlu diselenggara dengan kerap. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Pengguna jalan dan penduduk tempatan di kawasan sekitar tapak pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di laluan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Taman Wangi, di sini bimbang dengan sikap degil pemandu kenderaan berat yang berulang-alik melalui jalan sementara sehingga menyebabkan laluan itu kerap rosak.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pemandu kenderaan berat se­perti lori dan bas kerap melalui jalan berkenaan walaupun papan tanda larangan untuk kenderaan tersebut telah diletakkan.

Seorang penduduk tempatan, Che Hamid Ismail, 45, berkata, lebih setahun lalu jalan sementara itu kerap rosak walaupun se­ring diselenggara pihak berwajib.

“Laluan itu penting kerana digunakan oleh penduduk tempatan dan pengguna jalan untuk ke Kuala Lumpur atau Kota Bharu.

“Sebelum ini, laluan sepanjang lebih tiga kilometer bermula dari hadapan sebuah stesen minyak Persiaran Raya ke Bulatan Tanah Putih itu sering rosak apabila jalan berlubang, beralun dan tidak rata kerana dilalui banyak ken­deraan muatan barangan dan bas.

“Kenderaan berat yang melalui jalan ini memberi risiko kepada kenderaan ringan lain seperti penunggang motosikal apabila berselisih di jalan sempit,” kata­nya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Nor Fifi Rosli, 35, berkata, pemandu kenderaan berat sepatutnya menggunakan jalan lama di laluan Gua Musang-Jeli untuk dilalui.

Katanya, sebelum ini, banyak kenderaan pengguna rosak selepas melanggar lubang sebelum pihak berwajib menyelenggara dan menurap jalan berkenaan.

“Apabila pihak berwajib meletakkan struktur konkrit sering rosak pula kerana dirempuh kenderaan berat.

“Kita harap pihak berwajib memantau secara berterusan dan ambil tindakan sewajarnya dengan kedegilan pemandu kenderaan berat ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pemandu kenderaan berat dinasihatkan agar menggunakan jalan raya dengan mengikut arahan papan tanda disediakan.

Katanya, sebelum ini pihak­nya kerap menerima aduan pengguna jalan raya yang lain kerana keadaan permukaan jalan yang rosak dan mendap di beberapa tempat sepanjang laluan terbabit akibat dilalui kenderaan berat. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tap-juga-mahu-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.348175 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list