View: 1254|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Dua lelaki warga asing dicekup miliki MyKad palsu
[Copy link]
|
|
DUA pengawal keselamatan warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan didakwa dipinjam dari kenalan mereka. FOTO Ihsan JPN
Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing memiliki kad pengenalan warga tempatan dicekup dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Alam Damai, di sini, semalam.
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, serbuan dijalankan susulan risikan dan pemantauan selama dua minggu.
"Seorang individu berasal dari Indonesia berusia 23 tahun, manakala seorang lagi individu berkenaan berasal dari Filipina berusia 21 tahun.
"Mereka memperolehi kad pengenalan itu dengan meminjam daripada rakan kenalan sebagai identiti diri mereka untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang bayaran," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad pengenalan berkenaan antara dua hingga enam tahun lalu.
"Kedua-dua individu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e)Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -miliki-mykad-palsu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|