View: 1103|Reply: 0
|
[Selangor]
Individu emophilia terlalu mudah jatuh cinta
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Mudah serta kerap jatuh cinta merupakan salah satu tanda bahawa seseorang itu mempunyai sikap emophilia.
Seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, kebiasaannya manusia jatuh cinta sekali seumur hidup ataupun sebanya dua kali.
Bagaimanapun, perkara itu berbeza bagi individu emophilia yang mana mereka begitu mudah jatuh cinta dan perasaannya sama seperti baru pertama kali jatuh cinta.
“Setiap kali individu emophilia ini jatuh cinta, sama macam jatuh cinta kali pertama. Berkali-kali dengan orang yang berbeza dia boleh jadi makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.
“Kalau pernah dengar legenda Spain, Don Juan. Pencinta wanita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Nor Zabetha berkata, berdasarkan kajian, apabila manusia jatuh cinta mereka akan menghasilkan hormon gembira iaitu oxytocin, dopamine dan serotononin.
Katanya, hormon tersebut menyebabkan manusia ketagih sehingga ada yang tercari-cari.
“Macam waktu bercinta muda-muda dulu, macam ada rama-rama dalam perut. Macam diawang-awangan, lain macam.
“Bila dah mula bekerja dan usia kita mula meningkat, kehidupan cintan-cintun bukan lagi realiti. Kita fokus pada realiti kehidupan, rumah, kereta, bil, anak-anak dan kelangsungan hidup. Nak ‘survive’,” katanya.
Justeru katanya, pasangan yang mempunyai sikap emophilia perlu sentiasa cinta berputik dan perasaan berbunga itu perlu sentiasa ada.
“Kalau hilang rasa kemungkinan besar mereka curang sangat tinggi sebab mereka mencari cinta pada yang lain. Cepat dia beralih arah.
“Ada beberapa kes yang saya kendalikan pasangan curang, peringkat awal curang sedang berada di fasa ‘honeymoon’. Segala janji dan kata-kata, ini peringkat baru kenal dan belum mendalami perangai.
“Waktu curang ini, memanglah ‘thrill’. Sorok-sorok bermesej, senyap-senyap jumpa. Kadang-kala ada orang dia seronok keterujaan menyelinap, buat salah dan berjaya tutup jejak,” katanya.
Katanya, perkara itu menyebabkan sesetengah individu teruja sehingga sanggup memukul pasangan, membelakangkan anak-anak, ketepikan keluarga dan masyarakat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -mudah-jatuh-cinta/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|