CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8004|Reply: 0

[Kedah] Bekas pemain ragbi Sukma Kedah meninggal dunia

[Copy link]
Post time 29-4-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pemain ragbi Sukma Kedah meninggal dunia


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



AHMAD Zainol Osman.




Alor Setar: Bekas pemain ragbi pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan bersama pasukan pilihan Menteri Besar, petang semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Ragbi Online, pemain berkenaan, Ahmad Zainol Osman didapati rebah ketika perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat serangan jantung.

Perlawanan itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

"Salam al-Fatihah buat Ahmad Zainol Osman yang kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pilihan AOR sempena kejohanan ragbi Pra-Sukma AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah.

"Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB," katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, keadaan arwah merosot ketika diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di HSB.

"Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.



Disiarkan pada: April 29, 2024 @ 9:36am



[size=0.95]








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.103496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list