View: 3528|Reply: 0
|
[Selangor]
‘Batu nisan sahaja mereka beri’
[Copy link]
|
|
Sebahagian waris yang hadir di hadapan tapak Tanah Perkuburan Selat Klang, hari ini. Foto SADDAM YUSOFF
KLANG – Luluh hati 90 waris apabila mendakwa tapak kubur ahli keluarga mereka akan digali dan hanya diberikan batu nisan sahaja sepanjang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tanah Perkuburan Selat Klang, di sini hari ini.
Lebih menambahkan kekecewaan, mereka tidak dibenar menghadiri proses pengalian dan pemindahan kubur yang dijangka akan dilakukan Rabu ini dengan rata-rata jasad kurang daripada dua tahun.
Seorang waris, Ida O’ hara Ismail Azman, 49, berkata, kebanyakan waris kecewa apabila proses tersebut dilakukan dengan segera dalam tempoh dua minggu tanpa perbincangan dan persetujuan mereka.
Katanya, mereka diberikan notis pada 15 April lalu sebelum diminta hadir bagi perjumpaan tertutup bagi pemakluman di Dewan Hamzah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) enam hari kemudian menerusi jemputan di aplikasi WhatApps.
“Kami datang sana bukan (Dewan Hamzah MBDK), bukan terima keputusan sebaliknya hendak dengar.
“Kalau sudah tahu tanah ini dirizabkan untuk ECRL, kenapa (arwah-arwah waris ditanam di sini. Mereka tidak jawab dan hanya memaklumkan itu adalah jajarannya.
“Mereka (pihak berkuasa dan pemaju) tiada usaha hendak berbaik dengan waris. Tiada bincang dan buat keputusan. Bila waris banyak bersuara, mereka tamatkan majlis perjumpaan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Ida O’ hara menjelaskan, perjumpaan itu hanya dihadiri 30 waris dengan selebihnya tidak mengetahui mengenainya.
Justeru, wanita itu menegaskan, pihak berkaitan langsung tidak mempunyai ketertiban dalam menafikan hak mereka sebagai waris.
“Tiada adab, kami ini siapa. Kami ada hak, ini arwah kami, keluarga kami. Jadi, adakah wajar diperlakukan sebegini,” katanya.
Sehubungan itu, seorang lagi waris, Hazlina Hasbullah, 48, memaklumkan seramai 16 waris telah membuat laporan polis untuk tujuan tersebut.
Ujarnya, difahamkan perkara itu juga melanggar fatwa Jabatan Mufti Selangor sebelum ini yang antara lain adalah
mayat-mayat dalam kubur yang hendak dipindahkan itu sudah hancur sama sekali.
“Sekiranya, mayat mayat yang terlibat belum hancur jasadnya, maka hukumnya haram menggali dan memindahkan ke tempat lainnya.
“Saya berbinkan nama ayah saya yang ada dibatu nisan atas kuburnya. Saya ada waris yang sah. Mereka juga tidak benarkan kami hadir untuk proses pemindahan dan hanya berikan batu nisan sahaja kepada kami nanti,” katanya sayu.
Dalam pada itu, Norfazilah Hassan, 42, berharap campur tangan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan membela nasib kami.
“Saya tidak boleh terima dan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Sudah tentu saya amat kecewa dengan alasan hanya untuk buat jalan sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... sahaja-mereka-beri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|