CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3376|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia dihantar ke Itali untuk dianalisis

[Copy link]
Post time 29-4-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat pada 5 Mac lalu berjaya ditemui hari ini. - Foto ihsan Maritim Malaysia

PUTRAJAYA: Kotak hitam helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor bulan lalu, sudah dihantar ke Itali untuk dianalisis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kotak hitam helikopter AW139 itu dihantar ke negara pengeluarnya berikutan terdapat kesan kerosakan yang memerlukan kepakaran syarikat berkenaan.

"Misi mencari kotak hitam sudah ditemui dan Maritim Malaysia membuat keputusan menghantar kotak hitam itu terus ke Itali, kerana (helikopter) Agusta itu keluaran (syarikat di) Itali.

"Kita temui ada sedikit kesan kerosakan yang memerlukan kotak hitam itu dianalisis syarikat pengeluar dan ia adalah lebih selamat untuk kita tahu rakaman yang dirakam kotak hitam terbabit," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maritim Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 5 Mac itu, pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

https://www.bharian.com.my/berit ... m-malaysia-dihantar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list