CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5158|Reply: 0

[Sarawak] Inovasi lebih baik untuk penjawat awam

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Sarawak sedia kaji dan analisis implikasi keperluan baharu untuk meningkatkan sektor perkhidmatan awam di negeri ini



Abang Johari (lima kiri) sambil disaksikan yang lain membelah lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Pejabat Premier Sarawak. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia mengkaji dan menganalisis implikasi keperluan baharu untuk meningkatkan sektor perkhidmatan awam di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa perancangan akan diputuskan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berhubung semakan terma dan syarat penjawat awam di negara ini pada 1 Mei nanti.

Menurut beliau, penjawat awam wajar menerima insentif sekiranya mereka mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan.

"Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki untuk menganalisis implikasi terma baharu berkenaan.

"Malah, saya ada idea yang mungkin lebih baik daripada apa yang akan diumumkan pada 1 Mei nanti," katanya dalam laporan berita Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Ramah-Tamah Jabatan Premier Sarawak 2024 anjuran Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) dan Unit Pentadbiran (UP) di Autrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata pendekatan berhubung lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) dilihat lebih sesuai daripada Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Jelas beliau, dengan adanya JBC, penjawat awam mempunyai akses untuk berpindah dari sektor awam kepada sektor swasta dan syarat perkhidmatan berkenaan lebih baik berbanding skim pencen.

"Jadi, ini adalah satu inovasi dari segi skim perkhidmatan yang kita ingin berikan kepada warga perkhidmatan awam.

"Saya percaya dengan pendekatan ini, selagi ia dalam kemampuan kewangan, kerajaan akan dapat melaksanakan sistem perkhidmatan yang berdaya saing dan memberi peluang kepada masa depan penjawat awam," tambah beliau.

Pada majlis sama Abang Johari menyempurnakan penyerahan sumbangan ikhlas daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Cares dan MAKSAK Wanita Sarawak kepada 50 penerima yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Premier Sarawak.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan hiburan dan cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar  Dr  Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta timbalan-timbalan menteri dan kenamaan yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049868 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list