CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13134|Reply: 0

[Sarawak] Nelayan berjaya daratkan ikan malang bilis seberat 65kg di Batang Lupar

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:39 PM | Show all posts |Read mode


Nelayan sungai dari Jawatankuasa Nelayan Lemanak, Kampung Tengah di Sri Aman menunjukkan ikan malang bilis yang berjaya ditangkap di hulu sungai Batang Lupar, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Tiga nelayan sungai dari Jawatankuasa Nelayan Lemanak, Kampung Tengah di Sri Aman berjaya mendaratkan ikan malang bilis seberat 65 kilogram di hulu sungai Batang Lupar, hari ini.

Mereka yang hanya dikenali Yaakub, Abdullah dan Hussun Sedon memberitahu begitu terkejut apabila mendapati hasil tangkapan mereka merupakan seekor ikan gergasi sungai atau dikenali sebagai ikan malang bilis dalam kalangan penduduk tempatan.

"Memang terkejut apabila memperolehi hasil tangkapan ini dan syukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini," kata mereka bertiga ketika ditemui di bandar Simanggang di Sri Aman, hari ini.

Yaakub menambah, ketika mengangkat jaring yang dipasang oleh mereka bertiga sebelum ini, beliau berasa sesuatu yang berat lalu terlihat ikan besar berwarna kekuningan terperangkap di dalamnya.

"Kami terpaksa berhempas-pulas menariknya ke dalam perahu kerana terlalu berat. Malah, saya terpaksa menggunakan segala kekuatan sebelum berjaya menjinakkan ikan ini dalam masa kira-kira setengah jam," jelas Yaakub lagi.

Yaakub turut memberitahu, ikan tersebut telah dijual kepada peraih dengan nilai RM50 sekilogram dan menganggap kejayaan itu sebagai rezeki serta pengalaman cukup manis sepanjang menjadi nelayan bersama Jawatankuasa Nelayan Lemanak, Kampung Tengah, Sri Aman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list