CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22921|Reply: 0

[Sabah] Doktor luar negara perlu kelulusan MMC sebelum menawarkan rawatan

[Copy link]
Post time 1-5-2024 09:48 PM | Show all posts |Read mode


DR SHAMEER

TAWAU: Doktor dari luar negara termasuk China perlu mendapatkan Annual Practicing Certificate (APC) daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum dibenarkan membuat rawatan di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, perkara itu adalah yang wajib dipatuhi oleh mana-mana doktor yang dipanggil membuat rawatan di sini.

Katanya, doktor berkenaan perlu mendapatkan kelulusan daripada MMC dan nombor pendaftaran akan diberikan setelah permohonan mereka diluluskan.

“MMC akan menilai termasuklah tempat doktor berkenaan belajar dan adakah universiti mereka diiktiraf di Malaysia.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya doktor daripada luar negara cuba membuat rawatan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Shameer berkata, tiada sesiapa pun rakyat Malaysia atau dari luar negara dapat memberikan rawatan tanpa kelulusan MMC.

“Doktor berkenaan mesti ada nombor pendaftaran yang diiktiraf sekiranya mendapat jemputan atau mahu memberi rawatan di negara ini.

“Saya meminta penduduk di daerah ini membuat pemeriksaan di laman web MMC iaitu https://meritsmmc.moh.gov.my/search sekiranya mahu mendapatkan rawatan daripada doktor luar,” katanya.

Menurutnya, mana-mana doktor yang mahu memberikan rawatan di daerah ini dinasihatkan supaya membuat permohonan APC terlebih dahulu supaya tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka.

“Ia sangat penting bagi memastikan, doktor yang mahu membuat rawatan adalah mereka yang betul-betul bertauliah dan mempunyai kemahiran perawatan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list