View: 4036|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
11 'ulat' parkir haram ditahan
[Copy link]
|
|
ANTARA individu yang ditahan dalam Op Parkir Haram sekitar Kuala Lumpur pada 24 April lalu. FOTO Ihsan Polis
Kuala Lumpur: Kegiatan parkir haram di sembilan lokasi sekitar ibu negara terbongkar selepas diserbu menerusi Op Parkir Haram, pada 24 April lalu.
Lokasi yang diserbu adalah Jalan Beremi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tengah Changkat Bukit Bintang, Persiaran Dutamas G3 Street, Jalan Berangan, Jalan Walter Granier, Jalan Mesui, Jalan Doraisamy dan Jalan Kamunting.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur bermula jam 9 malam, Rabu lalu.
"Dalam operasi itu, kami menahan 11 individu berusia antara 19 hingga 60 tahun dengan lima daripada mereka adalah warga asing dari India dan Bangladesh.
"Selain itu, dua warga tempatan juga ditangkap kerana didapati memiliki dua rekod lampau bersabit kes dadah serta orang dikehendaki," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram.
Malah, katanya, ada di antara suspek juga dikesan merampas wang tunai yang diambil daripada pemandu secara paksaan.
"Difahamkan, suspek ini mengenakan caj antara RM10 hingga RM20 untuk setiap kenderaan yang diparkir.
"Ada antara suspek dikesan aktif melakukan kegiatan ini sejak sebulan hingga dua bulan lalu," katanya.
Menurutnya, siasatan kes terbabit masih dijalankan dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain yang berkenaan dengan penjagaan kenderaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arkir-haram-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|