CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6760|Reply: 0

[Kedah] Hasil padi terjejas akibat suhu ekstrem

[Copy link]
Post time 4-5-2024 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Hasil padi terjejas akibat suhu ekstrem

OlehROSHILA MURNI ROSLI

04 Mei 2024 07:50am








Cuaca panas boleh menjejaskan hasil tuaian padi. (Gambar kecil: Abdul Rashid)




ALOR SETAR - Fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini boleh menjejaskan hasil tuaian padi.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, suhu yang ideal untuk tanaman padi adalah di antara 34 hingga 35 darjah Celsius.



Bagaimana pun katanya, suhu ekstrem ketika ini yang melebihi 35 darjah Celsius boleh menjejaskan ketahanan padi itu sendiri.

"Kita tengok pada musim ini, sebanyak 70 peratus kehilangan hasil adalah disebabkan cuaca ekstrem yang melanda negara.



"Faktor cuaca ini banyak memainkan peranan kerana apabila cuaca terlampau kering, banyak faktor akan berkait contohnya tumbesaran padi akan terencat dan kesannya hasil tuaian akan menurun," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, aktiviti penanaman padi ketika ini berada pada fasa kedua pengairan dan fasa ketiga akan bermula pada 15 atau 17 Mei ini.
"Jadi pada musim kedua nanti sekiranya aktiviti ini tertunda ataupun luar dari jadual kita harap penuaian berlaku pada bulan Disember atau Januari.
"Kita risau kalau dituai pada bulan Februari atau Mac seperti sekarang ini, hasil akan terjejas seperti yang berlaku pada musim ini," katanya.




Katanya, situasi itu akan menyebabkan pesawah akan terus terbeban dengan kos memandangkan hasil yang diperoleh tidak seberapa.

"Satu perkara lagi yang dihadapi pesawah adalah terdedah kepada strok haba kerana pesawah berada di sawah dalam waktu yang panjang dalam cuaca ekstrem ini.

"Jadi saya harap pesawah peka dengan kesihatan diri agar tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Pada Khamis, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai.

Katanya, ada juga ramalan mengatakan tahun ini adalah paling panas selepas 1998.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.300083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list