CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera di Felda Gunung Besout 2 Tambahan di Sungkai, Tanjung Malim hari ini. - Foto IHSAN JBPM

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA terhempas di Felda Gunung Besout, Sungkai , Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat terhempas itu merupakan dikendalian Akademi Penerbangan Layang-Layang.

Katanya, pesawat yang dinaiki dua individu telah berlepas pada pukul 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada pukul 9.35 pagi.

“Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat.

“kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan,” katanya dalam kenyataan tadi.

Jelasnya, Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... elda-gunung-besout/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.118035 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list