CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3052|Reply: 0

[Kelantan] Kemarau beri kesan pada industri getah, penoreh enggan keluar kerana panas

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Fenomena El Nino atau kemarau berterusan yang melanda di beberapa negeri sejak kebelakangan ini agak memberi kesan kepada industri getah.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Manndzri Nasib berkata, situasi itu bukan disebabkan produktiviti pokok getah sebaliknya sikap kebanyakan penoreh getah itu sendiri yang berasa panas untuk keluar menoreh.

"Kalau kemarau berlarutan akan ada kesan kerana ia menjadi punca pekebun kecil tidak keluar menoreh disebabkan panas sekali gus memberi kesan terhadap pengeluaran.

"Setakat ini tiada aduan secara rasmi tapi kita sedia maklum mengenai sikap sebegitu tapi sebenarnya boleh keluar menoreh awal pagi iaitu sekitar jam 1 atau 2 pagi," katanya selepas merasmikan Masjid As-Syakirin yang dibina dengan kos RM1.25 juta dengan Risda sebagai agensi pelaksana, di sini, hari ini.


Manndzri berkata, untuk tahun ini, pihaknya sedang menyelesaikan isu kebun getah tidak bertoreh yang membabitkan keluasan 12,385 hektar dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Menurutnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan berlaku isu kebun getah tidak bertoreh antaranya harga getah yang murah dan susulan itu Risda menggalakkan penoreh menjual hasil di depot pengumpulan getah.



Manndzri Nasib (tengah) meninjau ruang dalam Masjid As-Syakirin di SMKA Melor. FOTO Siti Rohana Idris

Selain itu, risiko keselamatan terutama ancaman binatang buas di lokasi pedalaman dan terpencil juga menyebabkan banyak kebun getah tidak bertoreh dan pihaknya sedang berusaha menangani masalah itu.

"Kebun getah tidak bertoreh banyak punca dan salah satu disebabkan harga (murah) jadi tuan tanah merasakan sudah tak boleh harapkan penoreh sebab tidak menguntungkan.

"Bagaimanapun kita sangat menggalakkan penjualan melalui depot pengumpulan getah kerana ia adalah salah satu inisiatif supaya peserta memperoleh lebih banyak hasil dari jualan getah.

"Faktor kedua berkaitan dengan lokasi kebun getah yang jauh, ada pak belang (harimau), orang kuat (gajah) dan agak berisiko untuk penoreh dalam keadaan itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keluar-kerana-panas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.200143 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list