View: 2174|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Beza usia bukan syarat bahagia
[Copy link]
|
|
MUSTAQIM dan Zalwayuazni tetap bahagia walaupun jarak umur mereka 18 tahun
Kuala Lumpur: Perbezaan usia 18 tahun bukan penghalang buat Mohd Mustaqim Che Hassan, 26, dan Zalwayuazni Shapie, 44, bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Malah, siapa sangka jodoh Mustaqim itu adalah adik ipar kepada abangnya yang dikenali pada majlis tamat silat di Machang, Kelantan.
"Saya dan isteri berkahwin pada 2013. Insya-Allah, hujung tahun ini kami meraikan ulang tahun ke-11 perkahwinan. Kali pertama jumpa isteri sewaktu dia datang ke majlis tamat silat. Ketika itu saya tak tahu dia adalah adik ipar abang saya. Saya minta nombor telefonnya.
"Tidak lama selepas itu, saya dapat tahu dia adik ipar abang saya. Pada mulanya abang tak izinkan kami berkawan sebab dia nak kenalkan saya dengan orang lain. Namun, kami berhubungan seperti biasa.
"Selepas tamat sekolah, mak dan kakak tanya bila saya nak kahwin. Saya terkejut sebab mana ada duit. Mak cakap dia nak tanggung semua. Saya fikir mak bergurau, tapi ia memang betul. Mereka terus pergi merisik, meminang dan tetapkan tarikh kahwin.
"Lagi membuatkan kami terkejut kerana tarikh ditetapkan dalam tempoh sebulan saja sebelum majlis kahwin. Saya ikut saja ketetapan yang diatur orang tua. Lagi pula saya anak bongsu dan mak nak tengok saya kahwin sebelum terjadi apa-apa. Ternyata benar, selepas kami kahwin mak jatuh sakit dan meninggal dunia," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya yang sudah dikurniakan tiga cahaya mata, dia tidak pernah menjangka berkahwin awal.
Malah, Mustaqim berkata, perbezaan usia dengan isteri tidak menjadikan perhubungan itu kekok sebaliknya membuatkan dirinya lebih matang dalam menguruskan soal rumah tangga.
"Saya tahu jarak umur dengan isteri sangat jauh. Tetapi, saya tak anggap ia halangan untuk membina sebuah perhubungan. Ketika kami kahwin, kawan-kawan tak tahu pun umur isteri. Cuma bila dah tahu, baharulah mereka tanya. Saya okay saja.
"Orang tua pernah cakap, nanti akan nampak sebaya. Betul, ada cakap kami macam adik-beradik sebab muka nampak seiras. Alhamdulillah, sudah lebih 10 tahun kahwin, semuanya okay dan tidak ada masalah.
Biarpun ada cakap saya kahwini dia sebab harta dia.
"Kalau nak tahu, selepas kahwin saya seorang saja kerja. Isteri tidak bekerja sampai sekarang. Dia memilih menjadi suri rumah sepenuh masa. Soal isteri akan menjadi lebih dominan dalam rumah tangga tak berlaku. Dia tahu status dan tanggungjawab sebagai isteri," katanya.
Menurutnya, apa yang penting dalam perkahwinan itu adalah saling memahami dan bertolak ansur.
"Kadang saya fikir lebih bagus berkahwin dengan pasangan yang berusia. Sebab dia lebih matang. Dia tahu nak urus rumah tangga dan menjaga dengan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ukan-syarat-bahagia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|