View: 3676|Reply: 0
|
[Kelantan]
Inovasi masak lemang guna periuk
[Copy link]
|
|
Mohd Jailani memasukkan lemang yang ingin dibakar ke dalam periuk 'Apollo duck roaster' ketika ditemui di rumahnya di Taman Wangi, di sini. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Inovasi memasak lemang menggunakan periuk 'Apollo Duck Roaster' memberikan pulangan lumayan buat seorang guru apabila mampu menjual sehingga lebih 3,000 lemang sejak Ramadan lalu sehingga kini.
Lemang yang dibakar oleh Mohd Jailani Mat Jusoh, 50, yang mesra dipanggil 'Cikgu Jai' menggunakan periuk yang kebiasaannya digunakan untuk membakar ayam mampu bertahan sehingga tiga hari selepas dimasak.
Menurut Cikgu Jai, dia bersama isteri, Norzaliza Muktar, 50, mula mengkomersialkan lemang air tangannya bermula Ramadan lalu dan masih menerima tempahan untuk rumah terbuka sepanjang Syawal ini.
"Idea bermula selepas saya membakar ayam dan daging dalam periuk itu untuk makan bersama keluarga. Disebabkan itu saya cuba dengan lemang pula,
"Nyata lemang dimasak lebih sekata dan lembut. Malah masa memasak juga hanya satu jam setengah berbanding kaedah tradisional boleh mencecah tiga jam.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima pula sangat menggalakkan sehinggakan saya dan isteri tidak menang tangan menyiapkan tempahan.
"Sehari kami membuat antara 150 sehingga 200 lemang. Kebiasaan proses menyediakan lemang ini dibuat pada waktu malam kerana saya dan isteri terikat dengan tugas hakiki sebagai seorang guru," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Wangi, di sini.
Norzaliza pula berkata, harga lemang yang dijual mereka antara RM8 sehingga RM12 bergantung kepada saiz buluh lemang.
"Kebiasaannya pada hari persekolahan kami membuat lemang pada waktu malam. Pada waktu petang saya akan membasuh dan merendam beras pulut dan mula mengisi ke dalam buluh selepas maghrib.
"Buluh dan daun pisang untuk membuat lemang ini kami dapatkan dari penduduk tempatan setiap hari. Sehingga kini terdapat tiga orang pembekal daun pisang dan buluh.
"Insya-Allah jika jika lemang ini terus mendapat permintaan kami akan meneruskan pembuatan dan penjualan lemang ini walaupun selepas Syawal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lemang-guna-periuk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|