View: 1061|Reply: 0
|
[Selangor]
Anggota polis maut kemalangan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Serdang: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat di Taman Tenaga, Jalan Puchong, Bandar Kinrara, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, anggota polis berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu maut akibat terjatuh daripada motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dari rumah saudaranya di Puchong menghala Jalan Klang Lama lalu datang MPV berkenaan memasuki simpang secara tiba-tiba kira-kira jam 4.20 pagi.
"Mangsa yang tidak sempat mengelak terlanggar bahagian sisi kiri belakang MPV terbabit lalu terjatuh dari motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan di kepala.
Katanya, lelaki tempatan berusia 36 tahun yang memandu MPV terbabit ditahan ketika hadir membuat laporan di sebuah balai polis di sini kira-kira jam 7.30 malam tadi.
"Suspek yang bekerja sebagai pemandu kereta swasta itu didapati negatif penggunaan dadah menerusi ujian saringan awal. Sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
"Permohonan sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-maut-kemalangan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|