CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 0

[Kelantan] Penantian 40 tahun miliki geran tanah akhirnya tercapai

[Copy link]
Post time 6-5-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

ABDULLAH Jusoh (kiri) dan Abdullah Taib menunjukkan geran tanah milik mereka pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Jajahan Gua Musang. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Penantian lebih 40 tahun dua sepupu untuk memiliki geran tanah sendiri di Felda Chiku 3, di sini, berakhir hari ini apabila menerima geran fizikal daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini.

Warga emas, Abdullah Jusoh, 68, dan Abdullah Taib, 73, yang mula menjadi peneroka sejak lebih 40 tahun lalu bersyukur apabila hasrat mereka sejak sekian lama akhirnya tercapai.

Menurut Abdullah, tiada kata yang dapat diungkapkan selain rasa bersyukur dan gembira dengan pemberian geran itu yang menandakan usaha mereka sebagai peneroka akhirnya diiktiraf dan berbaloi.

"Alhamdulillah... Perasaan saya hari ini bercampur baur sedih, terharu dan gembira dengan pemberian geran tanah ini yang akan menjadi milik kekal kami dan akan menjadi harta yang akan diwarisi oleh anak-anak nanti.


"Saya mula sampai di Felda ini ketika berumur 27 tahun dan ketika itu anak dua orang. Sekarang anak sudah tujuh orang berusia antara 24 hingga 41 tahun, semuanya sudah dewasa dan ada kehidupan sendiri.

"Dengan pendapatan sebagai penerokalah saya membesarkan dan menyara tujuh orang anak ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Jajahan Gua Musang.

Majlis Penyampaian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Dewan Semai Bakti, Felda Chiku 3 kepada 254 penerima.

Manakala bagi Abdullah Taib dia bersyukur apabila menerima geran hak milik tanah itu sebelum menutup mata.

"Hari ini saya menerima geran hak milik sebanyak 4.047 hektar tanah kebun dan rumah di Felda Chiku 3.

"Alhamdulillah sebelum menutup mata saya mendapat rezeki untuk melihat dan mendapat geran hak milik ini yang saya usahakan sejak 40 tahun lalu dengan hasil titik peluh sendiri.

"Terima kasih kepada Felda dan Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang yang merealisasikan impian kami sebagai peneroka di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud, berkata dia berharap geran hak milik itu tidak digunakan dengan sewenangnya untuk meraih keuntungan.

"Nasihat saya kepada pemilik geran ini supaya tidak menjual atau memajakkan tanah mereka pada mana-mana pihak. Simpan sebaiknya geran ini kerana ini adalah hasil titik peluh mereka selama lebih 40 tahun menjadi peneroka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-akhirnya-tercapai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list