View: 7134|Reply: 0
|
Piala Sumbangsih diteruskan
[Copy link]
|
|
STUART memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang permintaan dari pasukan Selangor FC. FOTO NSTP
Shah Alam: Insiden membabitkan pemain bola sepak baru-baru ini tidak menghalang Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC pada Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang permintaan dari pasukan Selangor FC untuk menunda perlawanan itu ekoran insiden yang tidak diingini itu.
"Perlawanan masih berjalan buat masa ini dengan aksi Piala Sumbangsih masih kekal berlangsung pada Jumaat. Pihak MFL juga tidak menerima apa-apa permintaan dari pasukan Selangor untuk menunda perlawanan ini ke satu tarikh yang lain.
"Dari sudut operasi, sebarang perlawanan berisiko tinggi akan kami tingkatkan tahap keselamatan tetapi insiden yang berlaku ini berlaku di luar kawalan MFL dan kami percaya keselamatan para penyokong juga akan terjamin," katanya ketika ditemui di pejabat MFL, semalam.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan dan juga tonggak Selangor FC Faisal Halim yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.
Sementara itu, MFL juga memberi jaminan bahawa keselamatan penyokong adalah keutamaan ketika hari perlawanan dan Stuart percaya dengan langkah keselamatan yang akan dilakukan oleh setiap pasukan di setiap venue.
"Pihak MFL juga percaya dengan langkah keselamatan yang diambil oleh semua kelab bagi memastikan semua petugas keselamatan menjalankan tugas dan sudah tentu insiden ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan di semua stadium," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbangsih-diteruskan |
|
|
|
|
|
|
| |
|