View: 5094|Reply: 0
|
Faisal Halim jalani pembedahan kedua petang ini
[Copy link]
|
|
FAISAL dikatakan menerima ubat khas dari Australia untuk membantu memulihkan luka di bahagian melecur.
PETALING JAYA – Bintang sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim bakal menjalani satu lagi pembedahan pada pukul 5 petang nanti selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lepas.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal di hospital swasta di Shah Alam sebentar tadi.
Kata Johan, Faisal berada dalam keadaan sedar, tetapi kecederaan fizikal yang terkena simbahan asid tersebut agak kritikal.
Menurut Johan, sejenis ubat khas dari Australia juga diberikan kepada Faisal untuk membantu memulihkan luka di bahagian yang melecur tadi.
“Kecederaan Faisal agak teruk dan serius. Namun, dia dalam keadaan sedar, tetapi badan (fizikal) dia memang sangat teruk.
“Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya secara ringkas.
Difahamkan, keadaan Faisal yang pada awalnya dianggap melecur tahap dua bertambah parah apabila disahkan agak kritikal selepas melecur tahap empat sehingga menjejaskan pergerakan di bahagian tangan kirinya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-kedua-petang-ini/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|