View: 4398|Reply: 0
|
[Selangor]
Cabut lari dengar suara mengilai di Bukit Tunku
[Copy link]
|
|
Tangkap layar sekumpulan individu berehat di tepi jalan sebelum mendengar suara mengilai di jalan raya sekitar Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA – Sekumpulan individu yang sedang bersantai di tepi jalan terkejut dan ‘menggelupur’ lari apabila mendengar suara seakan-akan mengilai di sekitar Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian video oleh @ricxxxkiddo di laman X, mereka berhenti di bahu jalan untuk berehat meminum air lalu terus berlari memasuki ke dalam kereta setelah mendengar bunyi seperti seorang wanita yang sedang ketawa.
“Bad vibe, (suasana tak okay) jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, jom kita keluar dulu dari sini,” kata salah seorang individu.
Berdasarkan klip daripada kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut, kelihatan kawasan jalan raya di situ gelap dan tidak mempunyai sebarang orang atau kenderaan yang lalu.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Bukit Tunku ini memang ada sesuatu lah. Ada dengar cerita tentang abang grab tak jumpa rumah sebab ‘map’ nya berpusing-pusing. Sampai ke rumah, tak ada penghuni,” komen @caramel.
“Memang jalan ini sunyi sangat sebab banyak rumah yang lama tinggal,” komen @ilham.
“Kenapa lah kamu berdua pergi healing di sini? Kat sini memang ada sesuatu, ramai kawan pernah kena (berhadapan) dengan situasi ni,” komen @farahin.
Sehingga kini, video tersebut mendapat 240,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 1,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... lai-di-bukit-tunku/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|