View: 4494|Reply: 0
|
[Selangor]
Pemandu warga emas antara ditahan pandu teksi haram di KLIA
[Copy link]
|
|
Aedy Fadly Ramli (dua kiri) menunjukkan antara kereta yang disita pada Operasi 'ULAT' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!
SEPANG – Seramai 10 orang individu yang menawarkan perkhidmatan teksi tanpa izin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Ulat yang diadakan malam semalam.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, suspek yang sering kali dirujuk dengan nama ulat teksi itu menawarkan pelbagai jenis kenderaan kepada penumpang di KLIA.
“Ada sebuah kereta jenis mewah turut disita, manakala sembilan lagi model yang biasa. Sebahagian besar suspek berusia sekitar 20-hingga 60-an di mana ketika tangkapan ada yang bertindak agresif,” katanya pada sidang akhbar di balai ketibaan domestik Terminal 1 KLIA.
Mengulas lanjut, beliau menambah, suspek ditahan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang dengan pada mulanya ditawarkan caj lebih murah berbanding teksi.
“Walau bagaimanapun, sebaik berada dalam kenderaan, mangsa dikenakan kadar tambang lebih mahal daripada dipersetujui sebelum itu yang mencecah ratusan ringgit.
“Ada juga dalam kalangan pemandu e-hailing sendiri menjadi ulat sehingga menjejaskan pendapatan para pengusaha teksi berdaftar di KLIA,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... eksi-haram-di-klia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|