View: 6929|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kesian abam bomba!
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kota Bharu: Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka dan hutan dicatatkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, angka itu mengalami peningkatan berkali ganda berbanding 814 kes kebakaran sepanjang tahun lalu.
"Kebakaran paling banyak dilaporkan adalah membabitkan belukar dan lalang iaitu 1,014 kes diikuti sampah (128 kes) serta hutan (104).
"Faktor utama kebakaran adalah disebabkan cuaca panas melampau selain terdapat individu yang sengaja melakukan kebakaran bertujuan membersihkan kebun," katanya tadi.
Menurutnya lagi, pihaknya kini masih menjalankan operasi pemadaman tanah gambut di Pasir Puteh dan Bachok yang terbakar sejak lebih sebulan lalu membabitkan kawasan seluas 70 hektar.
"Bomba berdepan masalah bekalan air untuk memadamkan kebakaran dan berharap kerjasama beberapa agensi berkaitan yang turut menyediakan pam.
"Melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kami berharap tambahan telaga tiub yang mampu digunakan bagi mengatasi masalah ini," katanya.
Terdahulu beliau hadir dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri JBPM Kelantan di Dewan Dato' Sri Ts Mohammad Hamdan, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 2/kesian-abam-bomba |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|