View: 5397|Reply: 0
|
[Selangor]
Buat badan, tapi digelar pondan
[Copy link]
|
|
ARA ketika menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium. FOTO Ihsan Ara Baharudin
Shah Alam: Hanya kerana bertubuh 'sado' seperti lelaki, Ara Baharudin pernah digelar pondan oleh mereka yang tidak mengenalinya.
Hakikatnya, Ara, 36, adalah wanita tulen cuma cenderung dalam bidang kecergasan kerana minat mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurut Ara, dia menceburi bidang kecergasan sejak 2019 kerana mahu mengubah penampilan dan lama-kelamaan timbul minat untuk terus aktif.
Ilmu dan pengalaman yang ada juga tidak disia-siakan sebaliknya dimanfaatkan bagi menjana pendapatan dengan menjadi jurulatih kecergasan.
"Dulu berat saya hanya 43 kilogram (kg), terlalu kurus sampai orang panggil tiang bergerak dan jerangkung.
"Itu antara dorongan saya ke pusat gimnasium bagi lakukan aktiviti kecergasan.
"Niat asal saya nak dapat bentuk badan lawa, tapi bertukar minat dan semakin seronok selepas melihat hasilnya.
"Lebih memberi semangat kepada saya untuk buat badan adalah selepas melihat gambar tubuh wanita dari luar negara yang nampak fit," katanya ketika ditemui Harian Metro di Denai Alam, di sini.
ARA pernah disangka pondan kerana bertubuh sado. FOTO Ihsan Ara Baharudin
Ara berkata, bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang, malah dia mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk membiasakan diri dengan rutin kecergasan yang menuntut disiplin tinggi.
Bagaimanapun, sokongan keluarga memberi semangat kepada Ara untuk meneruskan minatnya tanpa menoleh ke belakang.
"Pernah menangis juga waktu awal dulu kerana perlu buat rutin yang agak susah, tapi lama-kelamaan okey. Keluarga pun semua sokong, tak ada masalah selagi saya pandai jaga diri.
"Jujurnya saya lagi suka lihat diri yang sekarang terutama di depan cermin berbanding dulu.
"Cuma biasalah, tak semua senang dengan apa yang kita buat, malah saya pernah dapat komen perempuan tak ada agama selepas kongsi video di laman sosial.
"Mulanya dulu tak boleh terima, tapi kini tak kisah malah saya mahu bantu lebih ramai wanita yang berminat, bukan untuk jadi macam saya, tapi sekurang-kurangnya dapat apa mereka mahu ikut matlamat masing-masing," katanya.
ARA ayu lengkap berpakaian baju kurung Melayu. FOTO Ihsan Ara Baharudin
Berhubung hobi lain pula, Ara berkata, dia bukan hanya minat habiskan masa di pusat gimnasium malah ada kemahiran membuat kek.
"Main gym (aktif dalam kecergasan) boleh keluar peluh dan hilangkan tekanan, buat kek pun seronok kerana dapat bagi orang makan.
"Jadi, hidup ini jangan fikir apa orang nak cakap sangat, tapi fokus dengan apa yang buat kita gembira," katanya yang turut mengambil tempahan membuat kek pada waktu terluang.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tapi-digelar-pondan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|