View: 5237|Reply: 0
|
Tuchel bengang gol Bayern didakwa ofsaid
[Copy link]
|
|
Pemain pertahanan Bayern Munich, Matthijs de Ligt (kiri) cuba mengekang pergerakan penyerang Real Madrid, Vinicius Junior pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP
MADRID: Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel mengkritik keputusan membatalkan gol saat akhir kerana ofsaid, mendakwa keputusan itu satu "bencana mutlak" ketika Real Madrid menyingkirkan pasukannya pada separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Ketika Real mendahului 2-1 sesudah bangkit daripada ketinggalan dengan dua gol lewat, Joshua Kimmich membuat hantaran jauh yang ditanduk ke tengah oleh Thomas Mueller sebelum disambut pemain pertahanan Matthijs de Ligt untuk menyumbat masuk pada minit ke-12 masa kecederaan.
Real, yang seri perlawanan di Munich 2-2, mara 4-3 secara agregat.
Gol itu tidak dikira selepas penjaga garisan mengangkat benderanya lebih awal ketika gerakan itu sebelum bola menerjah jaring, lantas tidak memerlukan semakan VAR.
Tuchel kelihatan marah dan berlari di tepi garisan selepas keputusan itu. Selepas perlawanan, beliau memberitahu penyiar DAZN keputusan itu "satu bencana, satu bencana mutlak."
Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel kelihatan menuding jari ke arah penjaga garisan ketika aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP
"Kita perlu meneruskan permainan hingga ke akhir. Itulah peraturannya, terutamanya kerana ia terlalu hampir dengan gol dan ia terlalu terhad.
"Kesilapan pertama dilakukan oleh penjaga garisan, kedua hadir daripada pengadil," kata Tuchel.
Jurulatih berusia 50 tahun itu memberitahu penyiar TNT keputusan itu "berasa seperti satu pengkhianatan."
Bercakap pada sidang akhbar, Tuchel berkata pengadil memohon maaf tetapi menambah: "Tiada gunanya memohon maaf.
"Setiap orang harus berada pada tahap mereka, setiap orang harus merana, setiap orang harus bermain tanpa melakukan kesilapan. Jadi pengadil perlu berada di tahap itu juga.
"Tiada gunanya untuk mencari alasan selepas hakikat apa yang berlaku.
"Anda berada di padang kerana ada alasannya, kerana anda adalah yang terbaik. Jadi kami mempunyai hak untuk menjangkakannya hingga ke akhir." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... yern-didakwa-ofsaid |
|
|
|
|
|
|
| |
|