CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4834|Reply: 0

[Kedah] Remaja teruja tunai haji bersama ahli keluarga

[Copy link]
Post time 9-5-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Remaja teruja tunai haji bersama ahli keluarga


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



JEMAAH Haji Aimuni ayuni (tiga kanan) pada penerbangan pertama jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024 di Hotel Raia & Convention Centre kemarin. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: "Saya hanya tahu ayah mendaftarkan nama saya di Tabung Haji ketika di Tingkatan Satu dan tak sangka dapat menunaikan haji bersama semua ahli keluarga tahun ini.

"Apa yang penting, saya nak berdoa di hadapan Kaabah supaya sentiasa sihat dan mendapat pekerjaan yang baik," kata Aimuni Ayuni Anuar, 18.

Aimuni Ayuni bersama ibu bapanya, Rofidza Md Noh, 53, dan Anuar Salleh, 58, serta dua abangnya, Akmal Mustaqim, 28; Akmal Akif, 26, dan kakaknya Aimuni Amni, 22, berpeluang menunaikan haji tahun ini.

Mereka yang menetap di Baling itu adalah antara 142 bakal jemaah haji kumpulan penerbangan pertama dari utara untuk musim haji 1445 Hijrah /2024 ke Madinah yang berlepas dari Kepala Batas, di sini semalam.

Bapanya, Anuar pula berkata, dia mendaftar nama kesemua empat anaknya dan bersyukur apabila Tabung Haji menerima pendaftaran itu walaupun ketika itu Aimuni Ayuni masih kecil.

Dia yang juga pesara guru berkata, dia berharap dapat diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci Nanti berikutan cuaca panas yang melanda di sana.

"Semua persediaan kami sekeluarga sudah buat dan Insya-Allah kami berharap dapat pergi dan pulang dengan selamat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Harishah Ismail, 69, berkata, dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam sebelum hendak berlepas ke Madinah kerana teruja dapat menunaikan haji tahun ini.

Katanya, sepatutnya namanya sudah dipanggil pada 2020 untuk menunaikan haji bersama suaminya, Helmee Husin, 69, namun disebabkan pandemik Covid-19, mereka terpaksa menangguhkannya.

"Ketika itu segala persiapan sudah dibuat termasuk pemeriksaan kesihatan tetapi kami akur apabila terpaksa menangguhkannya akibat Covid-19 yang melanda dunia waktu itu.

"Namun hari ini (semalam) saya sangat teruja untuk sampai ke Tanah Suci dan mendapatkan haji yang mabrur," katanya yang juga pesara jururawat.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi Tabung Haji Stesen Alor Setar, Mohd Hanifah Kamarudin berkata, seramai 1,562 bakal jemaah akan berlepas dari Alor Setar bermula semalam hingga 17 Mei depan.

"Secara keseluruhan terdapat 11 penerbangan dijadualkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dijangka mencemar duli untuk berangkat menghantar kumpulan jemaah terakhir pada 17 Mei ini," katanya.



Disiarkan pada: Mei 9, 2024 @ 11:42am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062871 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list