View: 4544|Reply: 18
|
[Tempatan]
Penuntut IPT didakwa simbah, cedera rakan baik guna asid sulfurik
[Copy link]
|
|
Penuntut IPT didakwa simbah, cedera rakan baik guna asid sulfurik
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... guna-asid-sulfurik/
Oleh ROSALWANI CHE SOH
9 Mei 2024, 2:02 pm
ANGGOTA polis mengiringi Keertana (kiri) semasa tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini. - ROSALWANI CHE SOH
KOTA BHARU – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas rakan baiknya menggunakan asid sulfurik dan memiliki cecair tersebut pada minggu lalu.
Tertuduh, R. Keertana Naidu, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan dengan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurul Husna Rahim, 22, menggunakan benda melecur iaitu asid sulfurik.
Perbuatan itu dilakukan di pejabat jabatan di sebuah universiti di Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 4.23 petang pada 3 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki bahan kakisan iaitu asid sulfurik yang dalam keadaan menimbulkan anggapan munasabah bahawa wanita itu bercadang untuk menggunakan bahan tersebut sebagai maksud menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama.
Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di lokasi dan masa yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Azeezi Nordin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh amat serius.
“Pertikaian masalah timbul antara tertuduh dan mangsa sehingga menyebabkan tertuduh sanggup datang dari Johor dengan membawa sebotol asid sulfurik.
“Sudah pasti berlaku risiko yang tinggi sekiranya tertuduh diberikan ikat jamin,” katanya.
Azeezi kemudiannya memohon tertuduh diberi jaminan munasabah kerana anak guamnya merupakan pelajar cemerlang dan bakal menghadapi peperiksaan.
“Sebelum ini, mangsa juga merupakan rakan baik kepada anak guam saya. Mereka tinggal sebilik semasa bersama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi.
“Selain itu, bapa tertuduh juga hanya bekerja sebagai ejen insurans dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan,” ujarnya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu hadir di balai polis berdekatan dan tidak dibenarkan menganggu mangsa.
Nik Habri turut menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang musim org simbah asid |
|
|
|
|
|
|
|
Dh mula balik simbah asid
Ingat dah senyap |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 pernah kan berlaku... kesian betul mangsa. Kesian mangsa. Yg ni tak ambil pengajaran ke |
|
|
|
|
|
|
|
mula dah..ikot trend ke apa..
atau sbnrnya ada je kes ni tp disebabkn kes faisal halim baru media melapori |
|
|
|
|
|
|
|
baik tembak je dari ko seksa dorg ngn asid...nape jht sgt
kena baca ayt kursi byk byk time keluar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
korg yg buat org ni kn..xfikir ke nnti kwna tngkp polis..mcm pembunuh tu..
sbb kena rasuk ke time tu..dirasuk amukan yg membara..mitk la kita dijauhkn dr perasaan yg blh mencederakn org..
masa kecik dlu i gaduh ngn adik kembar i..geram sgt..i tolak dia dr moto.. buat2 mcm xsengaja tp masa tu mmg sengaja..sampai skrg rasa menyesal
jhtnya rasa |
|
|
|
|
|
|
|
wow high risk pada orang ramai tapi boleh ikat jamin |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum sesuai utk penyimbah asid ialah simbah dia balik. Rasain pembalasan si pitung. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo Kertanaa aiyooo apa pasal awa jahat macam syaitaaannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Musim simbah asid plak dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca pasal ni kat tt . Baca Komen katanya mata sebelah tak nmpk mata lagi satu kabur. Info daripada abang mangsa kata diaorg. Tpi tak tau la betul ke tak. Nekad betul dia ni jauh dtg semata2 nak simbah asid. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa tu rembat bf Kau ke akka?
Adoi la...kesian mangsa tu..
Asid Ni elok simbah kat perogol Anak sendiri kat port Dickson tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergh gigih kau dtg jauh2 semata2.
ni mmg dendam kesumat la ni
apa lagi simbah la balik asid kat dia
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 10-5-2024 07:03 AM
Baca pasal ni kat tt . Baca Komen katanya mata sebelah tak nmpk mata lagi satu kabur. Info daripada ...
Budak medic USM ke ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram eh, ingat main siram2 air ke.. Boleh cacat oi muka |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak bagi org tu sengsara, kalau tembak mati terus dia tak nampak org tu sengsara
|
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 10-5-2024 04:59 PM
Dia nak bagi org tu sengsara, kalau tembak mati terus dia tak nampak org tu sengsara
jahatnya perangai manusia ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|