View: 5345|Reply: 0
|
[Melaka]
Aksi jijik suami pengasuh, budak 11 tahun jadi mangsa liwat
[Copy link]
|
|
SUSPEK (depan kiri) dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah hari ini dan direman tujuh hari bermula hari ini. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.
Alor Gajah: 'Umpan' kanak-kanak dengan video lucah sebelum pujuk mangsa melakukan aksi seperti rakaman ditonton dan meliwatnya sejak dua tahun lalu.
Itu tindakan jijik seorang penganggur yang tergamak memperlakukan seorang budak jagaan isterinya sebagai hamba seks songsang di rumahnya di Alor Gajah, di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu bahawa anaknya berusia 11 tahun mendakwa diliwat suami pengasuhnya sejak 2022 hingga kini.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar apabila pengadu yang juga pekerja kilang berusia 33 tahun ternampak anak sulung daripada dua beradik itu bermain telefon bimbitnya dan menonton video lucah di satu aplikasi ketika berada di rumah mereka pada Isnin lalu, kira-kira jam 8 malam.
"Pengadu yang terkejut menegur serta bertanya kepada anaknya siapa yang mengajarnya melihat video berkenaan sebelum kanak-kanak itu mendakwa diajar suami kepada pengasuhnya.
"Mangsa yang juga murid Tahun Lima mendakwa suspek menyuruhnya meniru aksi video lucah itu sebelum lelaki itu meliwatnya ketika isterinya tiada di rumah," katanya.
Ashari berkata, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan kecuali pada hari cuti berikutan pengadu keluar bekerja.
"Bertindak laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek pada 7 Mei lalu, kira-kira jam 2 pagi di rumahnya.
"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-jadi-mangsa-liwat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|