CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12624|Reply: 0

[Kedah] Seimbangkan sumber manusia dengan fasiliti kesihatan

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Seimbangkan sumber manusia dengan fasiliti kesihatan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 10, 2024 @ 3:34pm bhnews@bh.com.my




Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melawat wad wanita di Bangunan Tambahan Hospital Baling yang dijangka beroperasi bulan depan - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BALING: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian terperinci mengenai perancangan sumber manusia bagi memastikan pembangunan kakitangan kesihatan seiring dengan pembangunan fasiliti kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kajian itu bagi memastikan fasiliti yang dibangunkan kementerian dilengkapi dengan tenaga doktor pakar, jururawat dan lain-lain sistem sokongan sumber manusia.

"Keperluan kita yang penting adalah untuk meningkatkan jumlah doktor pakar. Selain itu, kementerian turut melihat kepentingan menyediakan satu pasukan yang lengkap bagi memberi sokongan terbaik kepada setiap doktor pakar.

"Seorang pakar bedah misalnya, memerlukan pasukan jururawat dan lain-lain sumber manusia sokongan bagi memastikan sesebuah fasiliti dapat berfungsi dengan baik. Kita tidak mahu ada fasiliti dengan empat bilik pembedahan misalnya, tapi cuma satu atau dua daripadanya dapat dioptimumkan penggunaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, di Kedah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai keperluan lebih 28,000 doktor pakar menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan kemudahan kesihatan di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kerajaan merancang untuk membangunkan lebih banyak fasiliti kesihatan dengan kemudahan kepakaran di hospital daerah.

Katanya, dengan adanya kemudahan kepakaran di hospital daerah, ia akan dapat mengurangkan kesesakan pesakit di hospital besar.

"Kita merasakan melangkah ke hadapan, membina fasiliti-fasiliti KKM nanti inilah kualiti yang kita mahukan.

"Sekali gus akan mengurangkan kepadatan di hospital-hospital seperti Hospital Sultanah Bahiyah, dan Hospital Kulim dan lain-lain," katanya.

Bangunan Tambahan Hospital Baling siap pada 26 Februari lalu dengan kos keseluruhan berjumlah RM124.7 juta membabitkan sembilan bidang kepakaran.

Bangunan baharu ini akan mula beroperasi pada 10 Jun depan seterusnya meningkatkan kapasiti bilangan katil Hospital Baling kepada 210 katil, empat dewan bedah, lapan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan katil Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU).

Klinik Kesihatan Kepala Batas pula siap sepenuhnya pada 29 Februari lalu membabitkan kos RM31 juta bagi menggantikan klinik kesihatan sedia ada, yang tidak lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 2.525163 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list