CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 805|Reply: 0

[Tempatan] Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kiri) menyerahkan topi keledar kepada penunggang motosikal secara percuma pada majlis Ulang Tahun Hari ke-78 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jalan Tiang Dua dekat Ayer Molek, Melaka, hari ini. - Foto BERNAMA




MELAKA: Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang dalam usaha memastikan pegawai dan anggota negeri itu mendapat latihan secukupnya tanpa perlu ke Semenanjung.

Menterinya, Anthony Loke, berkata setakat ini terdapat 786 pegawai dan anggota JPJ di Sabah dan 739 pegawai dan anggota di Sarawak, justeru pihaknya melihat ada keperluan untuk mewujudkan akademi di negeri berkenaan.

"Kita lihat ada keperluan dan lebih baik untuk satu akademi yang boleh melatih anggota di sana namun ini masih dalam peringkat perancangan dan belum mendapat kelulusan bajet.

"Bagaimanapun kami telah memasukkan permohonan pembinaan akademi itu dalam Rancangan Malaysia ke-12, jadi kita kita tunggulah keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78 di Akademi JPJ Melaka, di Tiang Dua Ayer Molek hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha.

Menurut Loke, Akademi JPJ beroperasi di Semenanjung Malaysia iaitu Kampus Induk di Melaka, wilayah selatan di Johor, wilayah timur di Kelantan dan wilayah utara di Pulau Langkawi.

Sementara itu beliau berkata selaras dengan tema sambutan Hari JPJ tahun ini iaitu 'Digitalisasi Memacu Profesionalisme JPJ', kesemua anggota dan pegawai haruslah merebut peluang mempertingkatkan lagi teknologi sedia ada.

"Saya percaya JPJ telah siap siaga menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan ekosistem pengangkutan jalan di negara ini termasuk mengikut arus pendigitalan merangkumi perkhidmatan perlesenan pemandu, perlesenan kenderaan, penguatkuasaan bersepadu dan bidang kejuruteraan automotif.

"Perkembangan ini juga terbukti memberi impak apabila sehingga 10 Mei lepas, lebih sembilan juta pemegang lesen memandu telah memiliki JPJeID bagi mengekses Aplikasi MyJPJ malah pembayaran Internet terus ke bank atau FPX yang diperkenalkan bakal membantu pengguna bermula 1 Jun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058131 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list