View: 3712|Reply: 0
|
[Terengganu]
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman di Hulu Besut
[Copy link]
|
|
GAJAH denak, Indah (kanan) sedang membantu menaikkan gajah liar ke atas lori dalam operasi memindahkan gajah liar di Kampung Pak Sik, Keruak, Hulu Besut pagi ini. FOTO Bernama
Jertih: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lalu di Kampung Pak Sik di Hulu Besut, dekat sini, hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, gajah yang merosakkan tanaman itu ditangkap pada Rabu lalu selepas dua hari usaha mengesannya dilakukan.
Menurutnya, seramai 21 anggota Perhilitan Terengganu dan Johor serta ibu pejabat Perhilitan terbabit dalam operasi memindahkan gajah itu.
"Operasi ini turut dibantu oleh dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu.
"Operasi menaikkan gajah liar seberat dua tan itu bermula 8.30 pagi tadi dan selesai kira-kira tiga jam kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi memindahkan gajah berkenaan.
Katanya, gajah yang berada dalam keadaan sihat itu akan dipindahkan ke habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat.
"Dengan penangkapan dan pemindahan gajah ini sekali gus dapat mengelak kerugian lebih besar dialami penduduk kampung yang dianggarkan boleh mencecah sehingga RM1 juta.
"Ini memandangkan kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, pisang dan tanaman lain," katanya.
Katanya, pemindahan gajah ini adalah operasi ketiga yang dilaksanakan di Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... naman-di-hulu-besut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|