CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9204|Reply: 0

[Melaka] Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Melaka: Melaka dengan kerjasama Persatuan Superbikers Malaysia akan menganjurkan Malaysia Bike Week yang bakal menghimpunkan ribuan peminat dan pemilik motosikal pelbagai kategori termasuk berkuasa tinggi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini bulan depan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh berkata program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih, termasuk motosikal milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia Bike Week merupakan acara berprestij yang akan menarik kehadiran pemilik dan peminat motosikal dari dalam dan luar negara untuk melihat secara dekat pelbagai jenis motosikal.

"Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang tiga hari festival Malaysia Bike Week ini, termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton X70," katanya kepada pemberita di Litar Motor Antarabangsa Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Melaka International Motorfest and Scooterfest yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.

Ab Rauf berkata Malaysia Bike Week itu juga akan menjadi salah satu program berskala besar yang mampu menarik kedatangan ramai pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Terdahulu beliau berkata program dua hari Melaka International Motorfest and Scooterfest yang bermula hari ini dijangka menghimpunkan lebih 10,000 pemilik dan peminat motosikal tempatan dari dalam dan luar Melaka serta dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau berkata Melaka International Motorfest and Scooterfest akan menjadi salah satu acara tahunan di Melaka yang bukan saja untuk menggamit kedatangan pelancong, malah menyediakan platform bagi pemilik dan peminat motosikal khususnya golongan belia untuk beraksi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bike-week-jun-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list