CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1216|Reply: 0

[Jenayah] Enam pegawai perubatan Malaysia keluar dari Rafah dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Setakat ini semua rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat. - Foto Reuters





KUALA LUMPUR: Enam pegawai perubatan Malaysia yang sedang berkhidmat merawat penduduk Palestin di Rafah dijangka keluar dari wilayah bergolak itu, dalam masa terdekat.

BH dimaklumkan, setakat ini semua rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat dan masih meneruskan komitmen serta tanggungjawab membantu rakyat Palestin di Rafah.

Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, berkata semua pasukan perubatan negara masih komited berkhidmat dengan baik walaupun mereka dijadualkan keluar dari Rafah, minggu ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak perlu bimbang dengan keselamatan pasukan perubatan keempat dari Malaysia yang tiba di Gaza.

"Ketika ini terdapat enam anggota Mercy Malaysia iaitu lima doktor dan seorang pakar perubatan kecemasan berada di Rafah. Mereka masuk ke sana di bawah koordinasi dan naungan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Mercy Malaysia juga sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan setakat ini keselamatan mereka terjamin. Mengikut perancangan, akan keluar dari Rafah dalam masa terdekat.

"Apa yang kita boleh kongsikan, dalam tempoh sempadan ditutup Israel setakat ini, mereka masih berkhidmat membantu dari segi kecemasan dan perubatan. Kita juga berharap perancangan untuk mereka keluar dari Rafah juga berjalan lancar," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Ahad lalu, Israel dilaporkan menutup lintasan penting Kerem Shalom di antara Israel dan Gaza Selatan yang menjadi pintu masuk kebanyakan bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin.

Selasa lalu, tentera Israel juga dilaporkan merampas dan menutup lintasan Rafah di antara Mesir dan Gaza.

Media antarabangsa turut melaporkan, Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Martin Griffiths menyuarakan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza akibat sekatan Israel itu menyebabkan orang awam tidak menerima 'sebarang bantuan' selama beberapa hari.

Mengulas lanjut, Hafiz turut menafikan kumpulan perubatan negara berada dalam situasi 'terperangkap' berikutan penutupan sempadan itu.

Jelasnya, pasukan perubatan di bawah naungan WHO ketika ini berada dalam 'deconflicted zone' yang mempunyai risiko lebih rendah berbanding kawasan perang.

"Rakyat Malaysia bagaimanapun perlu terus berdoa memohon keselamatan mereka terjamin, Insya-Allah," katanya yang turut meminta rakyat supaya meneruskan sumbangan melalui akaun Mercy Malaysia.

Sementara itu, satu video yang disiarkan mendedahkan, seorang doktor trauma dan bedah Mercy Malaysia dikenali sebagai Dr Ashok Kannan yang bertugas secara sukarela di Rafah. Beliau juga menyuarakan kebimbangan keluarganya di Malaysia mengenai keselamatannya di Rafah.

"Isteri, ibu bapa, abang-abang dan semua orang sangat risau. Begitu juga mentua saya yang menjaga anak-anak saya.

"Mereka sangat bimbang mengenai keselamatan saya. Sudah tentu kami tidak tahu apa yang akan berlaku dan berapa lama saya akan berada di sini. Sehingga bila sempadan akan ditutup.

"Kami hanya cuba bersikap positif selagi boleh dan merawat seberapa ramai pesakit untuk dibantu kerana ramai pesakit masuk akibat penutupan beberapa hospital lain," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list