CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 1

[Tempatan] Larian Nanas Hungga 2024 bantu promosi industri nanas segar

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Mohd Khairuzamri (kanan) melepaskan peserta





KUALA TERENGGANU: Kira-kira 813 peserta menyertai program larian "Nanas Hungga 2024" peringkat negeri yang diadakan di Dataran Batu Burok, di sini, semalam

Larian secara santai sejauh kira-kira enam kilometer itu diadakan bertujuan mewujudkan masyarakat berbudaya sukan diadakan bersempena Jelajah Hari Nanas Malaysia.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M Salleh.

Sempena program itu, LPNM menyediakan 60 hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik, serta dua motosikal.

Mohd Khairuzamri berkata, program larian santai diadakan bagi memperkenalkan LPNM kepada seluruh rakyat serta dijadikan sebagai platform dalam mempromosikan industri nanas segar dan produk industri asas tani (IAT) berasaskan nanas.

"Hari Nanas Malaysia (HNM) 2024 adalah hari yang disambut khas bersempena dengan Hari Nanas Dunia, ditetapkan pada 27 Jun setiap tahun.

"Sambutan diberikan peserta, termasuk pelajar daripada beberapa sekolah menengah dan rendah sangat menggalakkan," katanya.

Yang turut hadir, Pengarah LPNM negeri, Nor Hidayah Ab Halim dan Pengarah Bahagian Pembangunan Pemasaran LPNM, Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain.

Mohd Khairuzamri berkata, pembabitan golongan pelajar dalam program larian, 'Hari Nanas Hungga 2024' dianggap mencapai matlamat bagi memperkenalkan industri nanas bermula daripada peringkat awal.

Terengganu adalah negeri keenam, selepas Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Johor Bharu dan Selangor dipilih untuk program Larian Nanas Hungga 2024.

Ketika diminta mengulas industri tanaman nanas di Terengganu, Mohd Khairuzamri berkata, seramai 282 pekebun mengusahakan tanaman nanas membabitkan keluasan kira-kira 173.25 hektar.

Katanya, varieti nanas utama yang ditanam di seluruh Terengganu adalah jenis MD2, manakala daerah Besut adalah yang terbesar mengusahakan tanaman nanas membabitkan keluasan 32.97 hektar.

"Kerajaan melalui LPNM memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta untuk bantuan insentif berupa benih dan input pertanian kepada pekebun nanas di seluruh Terengganu.

"Empat jenis nanas utama diusahakan dan mendapat permintaan tinggi daripada beberapa negara, termasuk China dan negara Asia Barat adalah MD2, Moris dan Josapine," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 12-5-2024 06:09 PM

drng bawa lari mana nanas(dieja nenas zaman sya dulu) tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051966 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list